Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM

5 Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM

Sharifah Rose, pempengaruh digital berjaya dan fesyennya sering menjadi ikutan dan inspirasi anak muda hari ini. Ayuh lihat gaya santai Sharifah Rose pilihan GLAM.

Jika buka halaman akaun Instagram wanita ini, pasti ada sahaja fotonya yang ingin disimpan untuk dijadikan inspirasi harian dalam bergaya. Ini kerana gaya santai Sharifah Rose yang sentiasa tampil bersahaja namun on point membuatkan gayanya begitu relatable pada pengikutnya. Bukan sahaja pada pemilihan busana, malah gaya tudung yang sering bertukar-tukar namun masih nampak begitu cantik dan kemas membuatkan ramai yang meminta wanita ini berkongsi tutorial tudungnya itu. Hal ini boleh terlihat di setiap ruangan komen Sharifah Rose, pasti ada sahaja permintaan sebegitu.

Wanita cantik ini walaupun sering sibuk namun dia punya waktu terluang untuk memanjakan dirinya sendiri. Jika dilihat di Instagramnya, ada sahaja masa dia bersantai bersama teman-teman, berlibur menikmati kopi juga bercuti bersama keluarga. Agaknya, bagaimana ya gaya santai Sharifah Rose di kala off duty? Ayuh GLAM senaraikan 5 gaya Rose yang menjadi pilihan kami!

See also
#GLAMTanya : Nia Atasha Gemar Muzik empty page

5 Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM

#1 Barbiecore

Rona pink dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan, begitu juga dengan look Rose di dalam foto ini. Kami tertarik dengan padanan warna yang dipikul tudung bersama kemejanya itu. Dan bukan itu sahaja, gaya tudung yang distailkan lain daripada yang lain oleh Rose ini tampak begitu chic.

#2 White and Jeans season, we love it! 

Outfit yang cukup praktikal dan sangat sesuai digayakan di musim panas sebegini. Padanan top putih dan jeans memang tidak pernah salah! Lihat Rose bergaya santai sekali mengenakan kardigan putih bersama inner, kemudian disarungkan tudung rona pastel lembut dan beg tangan juga dalam palet warna yang sama. Tidak lengkap jika gaya santai Sharifah Rose tanpa cermin mata hitam mewah daripada Celine.

Gaya Santai Sharifah Rose

#3 Blazer, Wajib Ada!

Jika tanya kami, apakah gaya yang santai namun masih mahu tampak presentable? Jawapan kami, sarungan oversized blazer! Lihat Rose yang tampak begitu chic dan sememangnya kini blazer amat in apabila digayakan bersama skirt panjang. Sama ada skirt bermaterialkan jeans atau stail parachute, look anda tetap tampil on point dan stylish!

#4 Mainan Warna Ceria

Jika sudah bosan dengan warna-warna seperti putih atau hitam, gayakan warna terang bak look Rose di dalam foto ini. Dia memilih untuk memadu top hijau bersama seluar rona beige. Namun, look keseluruhannya tampak begitu ceria sekali kerana sarungan tudung rona hangat jingga bersama desain print yang begitu fun!

See also
Intip Pilihan Aksesori Wanita Terbaru Untuk Gaya Lebaran-Balmain & Tom Ford

Gaya Santai Sharifah Rose

#5 Bereksperimen dengan Gaya Tudung Yang Pelbagai

Jika anda tengok gaya harian Rose, pasti ada pelbagai gaya tudung yang dicubanya. Dan di dalam look foto ini, sekali lagi dia tampil dengan gaya tudung yang berbeza. Jika anda bosan untuk memadu busana yang lain daripada yang lain, apa kata anda bermain dengan gaya stail tudung anda pula. Ini adalah di antara gaya santai Sharifah Rose yang menjadi kegemaran GLAM, anda juga harus mencubanya!

Gaya Santai Sharifah Rose

 

Gambar: Instagram Sharifah Rose