Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Eksklusif di NGV Melbourne! Pameran CARTIER 2026 menghimpunkan hampir 400 koleksi barangan kemas, tiara megah, dan jam tangan ikonik yang belum pernah dilihat.
National Gallery of Victoria (NGV) dengan bangganya membawakan CARTIER, sebuah pameran eksklusif berskala besar sempena Melbourne Winter Masterpieces® 2026. Dibawa khas dari Victoria & Albert Museum (V&A) London, pameran adaptasi yang diperluaskan ini bakal membuka tirainya di NGV International bermula 12 Jun sehingga 4 Oktober 2026.

Menghimpunkan hampir 400 rekaan luar biasa merangkumi barangan kemas, jam tangan ikonik, objek berharga, serta arkib reka bentuk yang jarang ditemui, ia diangkat sebagai pameran Cartier terbesar yang pernah dianjurkan di Australia. Malah, hampir 300 karya yang dipamerkan kali ini tidak pernah dilihat di negara tersebut sebelum ini.

Sinergi Diraja Dan Ikon Pop Dunia
Pameran ini membawa evolusi seni dan legasi luar biasa maison ini sejak ia diterajui oleh tiga bersaudara Louis, Pierre, dan Jacques Cartier. Digelar sebagai “the jeweller of kings and the king of jewellers”, reputasi Cartier sebagai simbol kemewahan bukan sahaja memikat hati kerabat diraja, malah menjadi pelengkap gaya barisan personaliti ikonik dunia sepanjang zaman.

Antara daya tarikan utama yang pastinya mencuri tumpuan ialah himpunan barangan kemas yang pernah dimiliki dan digayakan oleh nama-nama besar seperti Elizabeth Taylor, Grace Kelly, Rihanna, Andy Warhol, Princess Margaret, sehinggalah kepada bintang opera terkenal Australia, Dame Nellie Melba.


Kilauan 24 Tiara Memukau
Sebagai kemuncak pameran, para pengunjung bakal disajikan dengan paparan spektakuler 24 tiara megah di galeri terakhir. Antaranya termasuklah Scroll tiara 1902 rekaan ‘Garland style’ ikonik yang pernah digayakan oleh Rihanna untuk hiasan muka depan majalah W pada 2016, serta Manchester tiara yang sarat dengan rekaan berlian memukau.



Tidak ketinggalan, rantai leher Snake 1968 milik pelakon Mexico, María Félix yang menampilkan 2,473 butir berlian, serta koleksi ikonik Tutti Frutti yang menjadi rekaan paling versatil dalam sejarah pembuatan barangan kemas mewah turut dipamerkan.

Direka dengan kerjasama Studio Sabine Marcelis dan CLOUD, ruang pameran ini menjanjikan pengalaman visual yang penuh magis menerusi mainan cahaya, warna, dan materialiti mewah yang sinonim dengan estetika malar segar Cartier.
Artikel berkaitan: Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
