Estetika Eyewear by Gucci Ilham Generasi Millenial
Rencana Tajaan GUCCI
Tiap kali penggemar fesyen bersiap untuk ke mana-mana sahaja, pastinya kaca mata hitam menjadi pilihan pelengkap look mereka. Tidak kira sama ada gaya minimal yang dipadankan dengan kaca mata berelemen dramatik atau sebaliknya pula stail yang lebih daring dipadankan eyewear rekaan lebih minimal, paling penting tercipta gaya penuh keseimbangan jitu.
Sudah menjadi kelaziman dalam dunia Gucci dan juga visi Alessandro Michele yang terkenal dengan estetika eksentriknya memberikan tumpuan yang sama kepada koleksi kaca mata mereka seperti mana koleksi pakaian mereka juga.
Selain signatur Gucci dengan gabungan legasi dan kedekatan, Michele juga memastikan setiap pasangan kaca mata disulam sekali elemen gender neutrality, romantisisme, perhiasan eksentrik, dan daya reka yang edgy.
“Dalam visi kreatif Alessandro Michele, sebuah taman yang bukan sahaja dipenuhi flora dan fauna, malah tanda-tanda, simbol, dan archetypes yang memberikan gambaran dunia yang jauh dan menarik.”
Ibarat seorang ahli kimia, Michele menggabungkan setiap elemen, sekecil zarah pun, untuk mencipta Gucci yang dikenali hari ini.
Imbasan dan kilauan, bentuk-bentuk abnormal, volume dramatik, dengan sentuhan drama untuk menghasilkan koleksi kaca mata yang bisa membuat statement unggul dan tersendiri.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Jul 09, 2026
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Jul 08, 2026
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026



