Barbiecore Summer Style: 5 Gaya Selebriti Estetik Barbie
Summer Style, It's BARBIECORE! 5 Selebriti Bergaya Barbiecore

Summer Style, It’s BARBIECORE! 5 Selebriti Bergaya Barbiecore

Tak dinafikan lagi, warna pink Barbie kembali mendominasi. Selepas muncul hangat pada musim-musim lepas, warna pink kembali trendy. Ini semua merupakan impak dari filem Barbie the Movie yang kini sedang ditayangkan. Semak lima selebriti yang tampil stylish berpenampilan estetik ‘Barbiecore’. 

 

SELENA GOMEZ

Penampilan Selena Gomez semakin matang. Gayanya nampak tersusun dan ‘mahal’ seiring dengan usianya yang telah masuk 30-an. Dan baru-baru ini Selena menyambut hari jadinya yang ke-31. Selena menyambutnya dengan mengadakan majlis besar-besaran dan dihadiri oleh teman-teman rapat, termasuk rakan selebriti, Paris Hilton. Di majlis tersebut, Selena memilih gaun warna pink Valentino yang sangat chic. Dress halter itu mendedahkan bahu dan bahagian belakang Selena-menyerlahkan sisi seksi Selena. Rambutnya diikat dan disempurnakan dengan rantai mutiara berlogo Valentino. Spirit ‘Barbiecore’ yang sebenar!

PARIS HILTON

Warna pink memang menjadi identiti warna Paris Hilton. Pink sememangnya kesukaan Paris. Paris ada berkongsi gambar bersama anaknya di Instagram dan melihatnya memakai baju traksuit serba pink. Ringkas dalam serba pink sambil mendukung anaknya. Gaya Paris itu mencadangkan yang anda boleh cuba berpenampilan serba pink dengan hanya duduk di rumah bersama keluarga. Pink for all occasions right?

KHLOE KARDASHIAN

Super hot! Khloe Kardashian baru sahaja berkongsi fotonya dalam body suit hot pink yang dilengkapi dengan but kulit juga warna pink. Menyerlahkan bentuk tubuhnya yang hangat. Gaya Khloe itu mengingatkan kita pada satu gaya ikonik Barbie sendiri iaitu dari koleksi Great Shape Barbie (1983). Nampaknya, Khloe juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai trend Barbiecore. 

DUA LIPA

Dua Lipa tidak ketinggalan untuk berkongsi gaya estetik Barbicore di Instagram-nya. Memilih busana dan menjinjing tas tangan Bottega Veneta bernuansa pink sepenuhnya. Rambut Dua dirias sleek dengan ikatan tinggi juga solekan pink pada pipi-memberi gambaran ‘Barbiecore’ yang sangat sempurna. Bagi yang sedang mencari ilham gaya Barbiecore, bolehlah merujuk stail Dua Lipa yang hebat ini. 

HAILEY BIEBER

The ultimate IT Girl-Hailey Bieber juga tampil bergaya estetik ‘Barbiecore’. Memilih dress mini pink berkilau dengan tas mini berkilau sewaktu menghadiri satu parti tertutup. Menampakkan bahagian-bahagian tubuh Hailey yang ternyata seksi dan omg look at her skin! Rambut Hailey diikat tinggi dan kemas cukup hot sekali. Benar-benar gaya yang mendefinisikan summer outfits yang terbaik. 

Artikel berkaitan: 4 Fesyen ‘BARBIECORE’ Terbaik Margot Robbie (setakat ini)