Related Stories
Sejenak Bersama: Jil Sander, Pereka Feysen Ikonik +J
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBagi Jil Sander, +J adalah satu makmal masa hadapan. Dia cuma mengabadikan apa yang dirasainya dengan nilai realiti sekelilingnya. Garapan musim luruh 2021 buat koleksi ini memenuhi dambaan peminta yang mahukan gaya lebih moden. Tercipta ceraian yang berasakan uniform, mengikut naluri Jil Sander.
Anda selalu lari daripada fesyen yang berlebihan dan lebih selesa berbicara tentang perkembangan visi +J, apa yang cuba anda sampaikan?
Saya lebih tertarik dengan ceraian yang lebih ringkas. Fokus diberikan kepada bentuk dan siluet yang menarik, ia jelas walaupun dilihat dari jauh. Serta material dan hasil kerja menjadi penting buat +J. Saya cuba lari jauh daripada perincian yang menarik keluar karisma yang dimiliki oleh di pemakai. Melalui +J, ia menafsirkan gaya seseorang melalui potongan moden. A good fit is equally important for sophistication.

Asas idea +J adalah melahirkan “modern uniforms”. Daripada pandangan anda , apakah uniform yang penting perlu ada buat kehidupan dunia moden sekarang?
Apabila saya berbicara tentang uniform, saya berfikir tentang keseimbangan dan saling menghormati. Melalui potongan yang bijak, uniform ini menyampaikan kesedaran tentang menghargai diri sendiri. Keseluruhan gaya mereka memberi ruang kepada keperibadian orang lain.Saya membesar di Jerman Utara dan dibesarkan dalam tradisi Protestan yang memenatingkan kesedaran diri, kebijaksanaan dan kerohanian. Saya mahu setiap nilai ini tampak.

Apakah inspirasi rekaan dan tema buat koleksi musim luruh 2021?
Saya mahu meletakan sinar pada kehidupan dan menzahirkan keberhargaannya. Sebab itu saya menggunakan satin poliester berkilau. Kehidupan kita bermula semula dan berharap pendamik ini akan berakhir. Kita berasa lebih seksi dan menghargai rasa sensual melalui pakaian yang disarung. Lalu, saya angkat kualiti pakaian asas kepada pentas yang lebih atas dan menghasilkannya dengan lebih mewah dan menggoda.
Koleksi kali ini moden dan ringkas seperti himpunan terdahulu. Seperti pleated skirt yang dramatik dan mempunyai sentuhan yang lain. Boleh kongsikan mengapa ada ceraian sebegini buat koleksi kali ini?
Skirt itu adalah contoh terbaik dalam menghubungkan kombinasi terbaru dan potongan bersatu. Skirt berlisu panjang itu apabila bergerak ia memberi siluet yang feminin pada double face coat. Atau padankan ia bersama sweatshirt untuk gaya lebih segar. Imbangkan gaya dengan menyarungkannya bersama sneaker dempak.

Perasaan bagaimana yang anda harapkan apabila orang menyarungkan koleksi ini?
Saya raya perasaan yang benar adalah terlalu privasi untuk memberi inspirasi kepada fesyen. Tetapi saya mahu menggalakkan karakter yang penuh yakin dan kesejahteraan sensual pada mereka.
Koleksi lengkap +J musim luruh 2021 bakal tiba di Uniqlo, Fahrenheit88 dan online bermula 19 November 2021
Pautan Berkenaan: Beg Dior: Ini Lima Yang Wajib Anda Miliki
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




