Tu Tontawan Dan Milk Pansa Meriahkan Pembukaan Semula Butik Calvin Klein Di Pavilion KL
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioCalvin Klein melancarkan pembukaan semula butik di Pavilion Kuala Lumpur, tampil dengan ruang berestetika moden minimalis dengan kehadiran eksklusif Tu Tontawan dan Milk Pansa yang mewarnai acara.
Calvin Klein terus memperkukuh kehadiran jenamanya di Malaysia menerusi pembukaan semula butik di Pavilion Kuala Lumpur dengan satu acara eksklusif yang menghimpunkan figura fesyen, selebriti dan para komuniti kreatif tempatan dalam suasana yang lebih intim. Berkeluasan sekitar 3,400 kaki persegi, ruang baharu ini tampil sebagai refleksi terkini identiti global jenama tersebut yang mengangkat estetika moden minimalis dalam bentuk lebih sofistikated dan imersif. Butik terbaharu ini direka untuk membawa pengunjung menyelami keseluruhan gaya hidup Calvin Klein menerusi pengalaman runcit yang lebih tersusun, bersih dan kontemporari. Rekaan dalamannya yang berpaksikan konsep ‘Chalk’ memperlihatkan penggunaan tona lembut, tekstur organik dan susun atur spatial yang lebih terbuka, lantas mewujudkan atmosfera moden yang tenang tetapi penuh karakter.

Calvin Klein Himpunkan Bintang Asia Di Acara Pelancaran Pembukaan Butik Baharu Pavilion KL
Menyemarakkan acara pelancaran, dua bintang dari Thailand, Tu Tontawan dan Milk Pansa diterbang khas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri serta meraikan detik pelancaran pembukaan semula butik Calvin Klein. Tampilan dua jelitawan ini menambahkan lagi dimensi antarabangsa pada acara tersebut, sekali gus memperlihatkan hubungan rapat Calvin Klein dengan generasi baharu figura budaya pop Asia. Tambahan lagi, acara ini turut dihadiri oleh barisan selebriti dan pempengaruh digital tanah air termasuk Meerqeen, Christinna Kuan, Alicia Amin, Dolla, Jane Chuck, Nadhir Nasar dan ramai lagi yang mana, masing-masing tampil bergaya dengan memadukan busana Calvin Klein. Kehadiran gabungan personaliti fesyen, hiburan dan digital ini secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana label ini kekal relevan merentasi pelbagai lapisan budaya semasa.

Lebih daripada sekadar pelancaran butik, acara ini menjadi simbol kepada evolusi pengalaman runcit mewah yang kini lebih mengutamakan naratif visual dan hubungan lebih peribadi bersama pelanggan. Daripada elemen arca meja utama bertekstur plaster putih sehingga lah ke ruang aktivasi khas di dalam butik, setiap sudut direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif dan imersif. Calvin Klein seolah-olah memahami bahawa pengguna hari ini tidak hanya mencari produk, tetapi juga ruang yang mampu mencerminkan gaya hidup serta identiti mereka. Dengan pembukaan rasmi kepada umum sejak 24 April 2026, butik baharu Calvin Klein di Pavilion Kuala Lumpur kini berdiri sebagai destinasi fesyen moden yang menggabungkan estetika global dengan denyut kreatif kota raya.

Artikel berkaitan: Jung Kook Kembali Mempersonakan Dunia Fesyen Bersama Calvin Klein
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
