Menggamit Memori, Loewe Bertemu ‘Spirited Away’ dalam Satu Koleksi Kapsul
FESYEN DAN SENI MANA MUNGKIN DIPISAHKAN. LOEWE DAN ANIMASI JEPUN ‘SPIRITED AWAY’ BERKOLABORASI PULA DALAM RANGKAIAN KOLEKSINYA. DEDIKASI PENGGEMARNYA DI DUNIA.
Tak lama setelah mengantara the Holiday 2022 collection, Loewe mengumumkan kolaborasi terbarunya dengan karakter yang telah menimbulkan gelombang nostalgia. Penggemar Studio Ghibli akan segera bersorak riang pabila mendapat tahu akan pelancaran koleksi ini, yang mana Loewe sekali lagi menjalinkan kerjasama bersama Studio Ghibli. Menghasilkan koleksi kapsul bersama filem animasi ‘Spirited Away’, sekaligus menunjukkan kecintaan Loewe pada karya-karya seni Jepun klasik.
‘Spirited Away’ merupakan filem yang dilancarkan pada tahun 2001 arahan oleh Hayao Miyazaki. Filem tersebut cukup ikonik terutamanya dikalangan penggemar filem animasi, apalagi pernah meraih anugerah filem animasi terbaik di Academy Awards. ‘Spirited Away’ memiliki jalan cerita yang sederhana dan ringan.
Mengisahkan tentang persahabatan Chihiro dengan Haku dan Kaonashi, kesetiaan dan kesukaran dalam menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Sebuah filem yang banyak pengajarannya. Seluruh butiran dan karakter dari animasi tersebut tercerminkan dalam koleksi kapsul yang telah dinanti-nanti ini.

Koleksi kapsul ini terdiri dari pakaian siap pakai dengan butiran dan motif menggemaskan yang terinspirasi dari karakter-karakter ‘Spirited Away’, termasuk kemeja T oversized, hoodies, seluar bermuda yang menampilkan karakter Chihiro dan Haku, skaf dan selimut yang dihiasi dengan lukisan wajah-wajah karakter terpilih. Turut terlihat menghiasi balutan beg kulit dan kanvas, merangkumi Amazona, Puzzle, Hammock dan Flamenco, beg tote dan aksesori kecil. Wajah-wajah karakter ditampilkan dalam rupa jacquard, cetakan, lencana, sulaman dan sebagainya.
Istimewa untuk koleksi ini, Loewe memperkenalkan rekaan yang diinspirasikan daripada teknik pembuatan klasik dari Jepun. Yang dikenali sebagai ‘boro’, terdiri daripada serpihan yang telah dibaiki dan dicelup indigo, kemudiannya digabungkan bersama. Menghasilkan tekstil Kasuri dan kanvas jacquard Anagram pada deretan baju dan seluar juga beg. Reka bentuk dan identiti klasik Loewe tetap menghiasi koleksi ini sebagai statement gaya.

#Loewe
Artikel berkaitan: Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




