fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ini Stail Fesyen Signatur Jennie BLACKPINK Perlu Anda Tahu
5 Gaya Santai & Simple Mimi Lana Untuk Aura Cool-Chic
5 Gaya Elegen Sherry Amin Pilihan GLAM
#GLAMRaya 2: Nafas Moden Musim Lebaran 2017
6 Gaya Eyka Farhana Pilihan GLAM
Home > Fesyen > Ameera Khan Curi Tumpuan di Milan Fesyen Week

Ameera Khan Curi Tumpuan di Milan Fesyen Week

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Di kota Milan yang berdenyut dengan nafas fesyen, Ameera Khan melangkah penuh keyakinan membawa persona dan auranya yang sukar ditandingi. Dari karpet merah Gucci hingga ke Dolce & Gabbana, kesemua acara yang Ameera Khan hadiri tidak mengecewakan malah beliau tampil menyerlah di dalam setiap persalinannya.

Milan Fesyen Week tahun ini menjadi pentas buat Ameera Khan yang melangkah penuh anggun dalam himpunan busana dari rumah-rumah fesyen ternama. Dari pertunjukan Maxmara yang menampilkan estetika minimalis hingga kemewahan
Prada yang sarat perincian, Ameera mencuri tumpuan dengan kehadirannya yang berkarisma. Dalam sut hitam Dolce & Gabbana yang maskulin dan gaun bercorak unik Emporio Armani, beliau membuktikan keupayaan luar biasa dalam meghidupkan setiap helaian yang digayakannya.

1. Gucci

Ameera Khan

Bagi penampilan pertamanya, Ameera Khan tampil berkemeja labuh berwarna hijau pudina dari Gucci dengan aura santai yang tetap berkelas, mencerminkan keseimbangan antara gaya maskulin dan kelembutan feminin. Gaya ini dipadankan bersama tas tangan burgundy dan rantai mutiara yang menjadi pelengkap dalam menghidupkan gaya keseluruhan beliau.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse