Kylie Jenner Dalam Gaya Pesona ‘Black Swan’ di Anugerah CFDA 2024
Kylie Jenner kembali mencuri tumpuan dengan busana berinspirasi ‘Birds of a Feather’ di CFDA 2024, menggabungkan keanggunan dan drama.
Pada malam Anugerah CFDA 2024 pada 28 Oktober, Kylie Jenner tampil menawan bak burung hitam jelita, menyerlahkan pesona misteri yang mengingatkan pada karakter Black Swan. Ibu kepada dua anak ini hadir di majlis tersebut ditemani rakannya Carter Gregory, meraikan pereka-pereka terbaik dalam dunia fesyen Amerika. Berbeza daripada gaya biasanya, Jenner tampil lebih tertutup dalam gaun hitam berleher tinggi dan berlengan panjang, dihiasi bulu-bulu hitam pekat dari koleksi Jean Paul Gaultier Couture Musim Bunga 2023. Rekaan mewah ini, yang digayakan oleh Alexandra dan Mackenzie Grandquist, turut menampilkan skirt pensil yang melebar di bahagian pinggul, menambah keanggunan pada siluetnya. Body-hugging scaled gown, complete with a dramatic spiked skirt, Such a stunner!
Kylie Jenner Mempersembahkan Kolaborasi Couture Terbaik dalam Fesyen

Sebagai pelengkap gaun hitam ini, mogul Kylie Cosmetics ini memilih sepasang stiletto hitam tajam dan gaya rambut unik yang terlipat kemas antara sanggul dan stail high ponytail. Solekannya sederhana dengan sentuhan pemerah pipi aprikot lembut, gincu matte dalam rona pic-nude, serta kening tanpa lengkungan ala Audrey Hepburn. Walaupun tanpa manikur hitam yang serasi, Jenner memilih manikur natural tanpa warna, sama seperti kakaknya, Kendall Jenner, yang kini menjadi ikutan selebriti lain seperti Selena Gomez dan Kaia Gerber.

Gaya Kylie pada malam itu terasa sangat Black Swan-inspired, menggabungkan elemen balletcore dengan rekaan skirt berbulu yang dijangka menjadi trend utama musim luruh 2024. Gaun-gaun dan skirt berbulu turut menghiasi pentas jenama terkenal seperti Ferragamo, Bottega Veneta, dan Brunello Cucinelli, manakala Tory Burch menampilkan model-model seperti Irina Shayk dalam kot berbulu yang memukau.

Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
