Mengapa Kate Middleton Selayaknya Digelar ‘Ratu Busana Kitar Semula’? - Glam Malaysia
Mengapa Kate Middleton Selayaknya Digelar ‘Ratu Busana Kitar Semula’?

Mengapa Kate Middleton Selayaknya Digelar ‘Ratu Busana Kitar Semula’?

Puteri Wales, Kate Middleton terkenal dengan stailnya yang sempurna.

Bukan sekadar menjadi trendsetter di kalangan kerabat Diraja, pendekatan Kate Middleton terhadap fesyen mampan dengan mengulang pakai busana ikoniknya juga meraih pujian ramai.

Keputusannya mengitar semula pakaian mengetengahkan mesej bahawa fesyen mampan bukan saja penting tetapi juga boleh menjadi glamor dan bergaya. Selagi kita tahu bagaimana untuk mempelbagaikan gayanya.

Lihat 10 busana yang digayakan Kate Middleton lebih daripada sekali

 

Puteri Wales menyarung gaun rona lilac daripada Roksana Ilinčić, pereka Serbia yang berpangkalan di London sebanyak tiga kali. Penampilan pertamanya pada 2011 di Los Angeles, seterusnya pada 2012 dan 2016.

Kate Middleton dilaporkan menyukai warna biru. Mungkin itu sebabnya gaun Stella McCartney ini disarungnya berkali-kali – pada 2012, 2016 dan 2020. Kali pertama ketika menghadiri acara National Portrait Gallery dan kali terakhir dalam rakaman video projek Hold Still yang dimuat naik di Instagram.

Pada 2014, Kate Middleton menggayakan sehelai lagi gaun rekaan Roksana Ilinčić kala mengadakan lawatan Diraja ke Sydney. Dia kembali menyarungnya buat kali kedua dan ketiga pada 2016 dan 2020.

See also
Malam Most GLAM 2016

Untuk persidangan yang dihoskan oleh The Guild of Health Writers pada 2017, dia memilih sut skirt Oscar de la Renta rona ungu yang memancarkan keanggunan. Dia menyarungnya sekali lagi ketika melawat Royal Opera House dua tahun kemudian.

Puteri Wales menggayakan blaus inspirasi tentera daripada Alexander McQueen ini sebanyak empat kali dalam masa sedekad. Dia menyarungnya buat kali pertama ketika mengadakan lawatan ke Birmingham pada 2011. Seterusnya pada 2014, 2016 dan 2021.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini tahu cara untuk tampil classy.

Gaun kot berkolar Catherina Walker rona kelabu ini disarungnya ke sesi perjumpaan Diraja pada 2019 dan 2020, diikuti acara Prince’s Foundation dua tahun kemudian.

Kate Middleton menjadi tajuk utama apabila menyarung semula gaun asimetri Alexander McQueen rona putih ke BAFTA Film Awards 2023. Ia digayakan kali pertama pada 2019, juga ketika menghadiri BAFTA.

Bakal pemaisuri ini juga menyukai persalinan vintaj. Blazer tweed Chanel dari tahun 1995 ini dipakainya dua kali dalam tahun sama, pada Oktober dan Disember 2022.

See also
Obsesi Fesyen: Qalisha Ray

Siapa boleh lupa gaun malam hijau zamrud sarat labuci daripada Jenny Packham ini? Kate Kate Middleton menyarungnya ketika lawatan ke Pakistan pada 2019 dan sekali lagi pada 2021 di Royal Albert Hall.

Puteri Wales juga mengulang pakai baju mengandung. Kot merah jambu Mulberry ini dipakainya ketika hamil anak kedua, Puteri Charlotte pada 2014. Empat tahun kemudian, dia menyarungnya sekali lagi ke Coventry Cathedral.

 

Foto: Getty Images/WireImage

Baca: Florence Pugh, Ratu Trend Fesyen Jarang Hollywood