RIMOWA Original Bag Sebagai Peneman Setia Gaya Hael Husaini

RIMOWA Original Bag Sebagai Peneman Setia Gaya Hael Husaini

Bagasi Original oleh RIMOWA yang cukup ikonik menjadi inspirasi kepada penghasilan RIMOWA Original Bag yang menjulang ritma sleek dan berinovasi.

Karya RIMOWA terkini yang bakal menjadi rebutan adalah RIMOWA Original Bag, yang mana ia menggabungkan ketukangan hebat jenama ini bersama citra fesyen moden. Mendapat inspirasi daripada bagasi ikonik mereka, beg baharu yang bersifat uniseks ini diperbuat daripada Jerman dengan menggunakan material ringan serta ditambah bersama rekaan yang berinovasi. Sama ada digalaskan pada bahu, memakai silang pada badan atau menjinjit, RIMOWA Original Bag pasti akan membiaskan nada elegan dan praktikal. Hael Husaini menjadi antara yang pertama mengenali lebih rapat beg moden ini. Secara eksklusif GLAM mendekati seharianya dengan RIMOWA Original Bag.

rimowa original bag

MUZIK MENJADI CARA KREATIF HAEL HUSAINI MENGEKSPRESIKAN DIRI! TEGUH DENGAN DNA, HAEL TIDAK PERNAH MELUPAKAN SAAT PERIBADI AGAR DAPAT MENGHASILKAN RITMA YANG TERINDAH. LEBIH PERSONAL DAN MISTERI DENGAN THE ORIGINAL BAG DALAM RONA HITAM.

JATUH CINTA DALAM DUNIA MUZIK ADALAH KERANA IBUNYA. SEGALA KERINGAT KINI BUAT KELUARGA TERCINTA. THE ORIGINAL BAG TERKINI  MENJADI PENEMAN SETIA KERANA INOVASI REKAAN YANG MENGGUNAKAN MATERIAL RINGAN JUGA NAMPAK MEWAH BERSAMA PEMEGANG DARIPADA BAHAN KULIT.

rimowa original bag

THE ORIGINAL BAG  MEMUDAHKAN HAEL DALAM ACARA HARIANNYA. SILANGKAN SAHAJA PADA BADAN UNTUK MEMBERI KEBEBASAN PADA TANGAN. INILAH STAIL SANG PENGEMBARA MODEN YANG TIDAK GENTAR DALAM HAL BERGAYA.

TIMESLES; ITU YANG PENTING BAGI HAEL DALAM MEMILIH AKSESORINYA. APATAH LAGI CADANGAN THE ORIGINAL BAG DI RIMOWA INI BOLEH DIGAYAKAN SECARA KASUAL ATAUPUN KE MAJLIS FORMAL. PILIHAN RONA PERAK MEMBANGKITKAN CITRA SOFISTIKATED.

Tonton video RIMOWA bersama Hael Husaini

See also
RIMOWA Melancarkan The Original Bag Gaya Versatil Dan Disruptif

#RIMOWAOriginalBag

Artikel Berkaitan: RIMOWA Melancarkan The Original Bag Gaya Versatil Dan Disruptif