Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioJennie Kim terus mengekalkan statusnya sebagai ikon fesyen global apabila diumumkan menjadi Duta Global baharu Ray-Ban. Kerjasama ini turut menampilkan beberapa rekaan pilihan peribadi Jennie yang mencerminkan signature dirinya yang berani, moden dan sentiasa menjadi trend.
Sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri hiburan dan juga fesyen masa kini, Jennie Kim tidak asing lagi dalam membentuk trend global. Namun, kini bintang K-pop dan ahli BLACKPINK itu melakar satu lagi pencapaian apabila dilantik sebagai Duta Global baharu Ray-Ban dan Ray-Ban Meta.

Kerjasama dua nama ikonik yang berkongsi visi sama dalam meraikan ekspresi diri, kreativiti dan keberanian untuk menonjolkan identiti peribadi melalui fesyen. Dengan pengaruh Jennie yang menerusi muzik, fesyen dan budaya pop, beliau dianggap sebagai representasi sempurna kepada generasi baharu pencinta gaya. Bersempena pengumuman tersebut, Ray-Ban turut memperkenalkan beberapa model pilihan Jennie yang menjadi sebahagian daripada gaya peribadinya. Setiap rekaan dipilih berdasarkan karakter unik yang mencerminkan signature fesyen bintang itu.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Ray-Ban Daddy-O RB2016, sebuah model yang menampilkan siluet retro era 90-an dengan sentuhan sporty yang versatil, sesuai bagi mereka yang menggemari gaya kasual tetapi masih ingin tampil menyerlah.

Bagi pencinta trend Y2K, Ray-Ban Alix RB3781 menawarkan rekaan shield futuristik yang berani. Dengan bentuk moden dan elemen urban yang kuat, model ini sesuai untuk mereka yang gemar bereksperimen dengan gaya.

Turut diketengahkan ialah Ray-Ban RB3774D daripada koleksi Asian Design. Bingkai logam berinspirasikan vintaj ini hadir dengan sentuhan kontemporari yang melengkapkan imej edgy dan sofistikated, selari dengan gaya fesyen Jennie yang sering menjadi perhatian.

Selain itu, Ray-Ban RX3774VD membuktikan bahawa bingkai optikal juga mampu menjadi aksesori fesyen utama. Dengan rekaan yang moden serta keselesaan untuk pemakaian harian, model ini menggabungkan fungsi dan gaya dalam satu rekaan yang elegan.

Pelantikan Jennie sebagai Duta Global bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, malah mengukuhkan lagi kedudukan Ray-Ban sebagai jenama yang terus relevan dalam dunia fesyen kontemporari. Oleh itu, Ray-Ban turut mengadakan Pop-up eksklusif bersama Focus Point di Sunway Pyramid, yang berlangsung dari 15 jun hinga 21 jun 2026. Turut menampilkan koleksi terbaru, custom charm bar, photobooth khas, dan juga ruang untuk ada menekspresikan diri dan gaya!
Artikel berkaitan: Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
