Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDaripada Christian Cowan hingga McQueen, Zendaya dan Tom Holland mencuri perhatian menerusi siri tampilan gaya mereka di sepanjang jelajah promosi Spider-Man: Brand New Day.
Sejak khabar perkahwinan mereka menjadi perhatian dunia, Zendaya dan Tom Holland terus mencuri tumpuan menerusi siri jelajah promosi Spider-Man: Brand New Day. Walaupun berada dalam mod kerja, pasangan ini berjaya mengubah setiap penampilan menjadi momen fesyen yang dinanti-nantikan. Dengan sentuhan stylist terkenal Law Roach, setiap busana yang dipilih membawa identiti tersendiri tanpa perlu bergantung kepada pendekatan ‘method dressing’ yang sering dikaitkan dengannya sebelum ini. Sebaliknya, aktres itu dilihat memilih gaya yang lebih sofistikated dengan permainan warna hitam dan merah yang secara tidak langsung menjadi benang merah sepanjang jelajah tersebut.
Sorotan Busana Zendaya & Tom Holland Di Sepanjang Jelajah Spider-Man: Brand New Day
1. Busana Christian Cowan & Jacquemus

Penampilan rasmi pertama pasangan ini berlangsung di Madrid, selepas dilapor mendirikan rumah tangga. Zendaya memilih gaun hitam tanpa tali daripada koleksi musim luruh 2026 Christian Cowan. Potongan belahan tinggi yang dramatik dipadankan dengan kemasan perincian rambu-rambu pada bahagian bawah gaun, menghasilkan pergerakan yang memukau setiap kali aktres ini melangkah. Tom Holland pula memilih rekaan khas Jacquemus serba hitam dengan kemeja merah, menyuntik siluet lebih moden menerusi jaket gaya bomber dalam menggantikan sut konvensional.
2. Koleksi Musim Luruh 2026 Ernesto Naranjo Dengan Perincian Jam Tangan Rolex

Ketika masih di jelajah Madrid, Zendaya turut meneruskan naratif warna yang mula terbentuk menerusi pilihan busana merah daripada koleksi musim luruh 2026 Ernesto Naranjo dengan jam tangan mewah daripada Rolex yang melengkapi penampilan. Rekaannya yang feminin namun berkarakter menyerlahkan kehadiran Zendaya sebagai bintang utama jelajah ini, sekali gus memperkukuhkan tema hitam dan merah yang mula menjadi identiti gayanya sepanjang promosi filem tersebut.
3. Louis Vuitton Untuk Zendaya & Thom Browne Buat Tom Holland

Di Amsterdam, Zendaya tampil lebih eksperimental menerusi helaian Louis Vuitton Resort 2027 yang menggabungkan seluar pendek berona merah dengan jaket pendek berinspirasikan ketenteraan. Perincian ekor jaket yang memanjang serta garis leher tinggi memancarkan elemen dramatik. Sentuhan sulaman putih pada bahagian hadapan dan belakang busana pula diselarikan dengan kasut tumit Christian Louboutin pilihannya, menjadikan keseluruhan penampilan tampak lebih teratur dan sofistikated.
Beralih ke penampilan Tom Holland, bintang utama filem ini tampil dalam sut Thom Browne yang kelihatan klasik pada pandangan pertama, namun diperkemas dengan poket utiliti serta perincian belakang berpotongan tirus yang memberikan dimensi moden kepada gaya formalnya.
4. McQueen Untuk Acara Istimewa Peminat

Bagi acara khas bersama peminat di Amsterdam, Zendaya sekali lagi membuktikan keberaniannya bereksperimen dengan fesyen. Kali ini aktres ini memilih gaun mini separa telus daripada koleksi musim luruh 2026 McQueen yang dipadankan dengan tailcoat dramatik. Siluet teaterikal yang menjadi identiti rumah fesyen itu memberikan sentuhan avant-garde, lantas menjadikan penampilan tersebut antara yang paling menonjol sepanjang siri promosi setakat ini. Dengan beberapa lagi destinasi yang bakal disinggah, jelajah buat filem Spider-Man: Brand New Day bukan sahaja menjanjikan kemunculan dua bintang terbesar Hollywood, malah terus menjadi pentas fesyen yang memperlihatkan evolusi gaya Zendaya dan Tom Holland sebagai pasangan kuasa baharu di Hollywood.
Artikel berkaitan: Zendaya Dan Tom Holland Sudah Berkahwin, Menurut Stylist Law Roach
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
