Zendaya Dan Tom Holland Sudah Berkahwin, Menurut Stylist Law Roach
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio“The wedding has already happened, you missed it!” ujar stylist Law Roach yang mendedahkan perkahwinan Zendaya dan Tom Holland ketika di acara karpet merah Actor Awards 2026.
Dalam dunia selebriti yang gemar mengumumkan segalanya di media sosial, berita tentang perkahwinan Zendaya dan Tom Holland hadir seperti bisikan eksklusif yang hanya diketahui lingkaran terdekat. Bukan melalui kenyataan rasmi, bukan juga melalui potret perkahwinan yang dirancang rapi, tetapi terdedah secara spontan di karpet merah Anugerah Pelakon 2026 apabila penggaya setia Zendaya, Law Roach, berkongsikan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah pun berkahwin. Ringkas, bersahaja dan hampir berseloroh, pengakuan itu seolah-olah melengkapkan teka teki panjang yang selama ini menjadi bualan peminat. Tiada drama berlebihan, hanya kepastian bahawa dua bintang ini akhirnya memilih untuk mengikat janji dalam ruang yang mereka lindungi dengan penuh privasi.

Zendaya & Tom Holland Melangsungkan Perkahwinan Secara Tertutup
Sejak mempamerkan cincin pertunangan lima karat berpotongan timur barat di acara Golden Globes ke 82 pada Januari 2025, spekulasi tentang hari bahagia mereka tidak pernah surut. Zendaya melangkah di karpet merah dengan gaun elegan dan kilauan berlian yang cukup untuk menjawab segala persoalan tanpa perlu sepatah kata. Sehari kemudian, sumber terdekat mengesahkan bahawa lamaran itu berlaku ketika musim percutian 2024, satu detik intim yang jauh daripada sorotan kamera. Namun itulah kekuatan pasangan ini. Sejak pertama kali digandingkan dalam Spider-Man: Homecoming pada tahun 2017, mereka memilih untuk membiarkan karya berbicara lebih lantang daripada kisah cinta mereka. Penampilan bersama jarang sekali, tetapi setiap satunya mencipta momen yang mencairkan hati khalayak.

Apa yang menjadikan kisah ini lebih manis ialah keseimbangan antara cinta dan kerjaya. Zendaya kini mengemudi beberapa projek filem besar serentak, manakala Holland terus mengukuhkan reputasinya sebagai pelakon generasi baharu Hollywood. Di sebalik jadual yang padat dan tekanan industri, mereka tetap memelihara hubungan dengan penuh cermat, cuba menjadi seprivat mungkin tentang kehidupan peribadi mereka. Dalam era di mana keterbukaan sering dianggap strategi pemasaran, pilihan untuk melindungi cinta terasa radikal dan tulus. Perkahwinan mereka bukan sekadar penyatuan dua selebriti ternama, tetapi simbol kedewasaan dalam mengurus kemasyhuran. Zendaya dan Tom Holland tidak pernah memerlukan sensasi untuk membuktikan keserasian. Mereka hanya memerlukan masa, kesetiaan dan ruang untuk tumbuh bersama, jauh daripada hingar dunia yang sentiasa menanti cerita seterusnya.

Artikel berkaitan: Zendaya Muncul Di Pementasan Holland Tunjuk Tanda Sokongan
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
