Related Stories
Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioKejelitaan isteri Putera Mateen, YM Dayang Anisha Rosnah mencuri perhatian orang ramai setelah tampil anggun berbusana serba putih dan persalinan rona merah ketika Istiadat Perkahwinan Diraja. Rekaan busana pengantin YM Dayang Anisha Rosnah menampilkan kemewahan, siluet klasik serta perincian moden.
Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei itu telah berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada Ahad lepas. Glam memaparkan busana perkahwinan YM Dayang Anisha yang ikonik dan anggun, sesuai mengikut personalitinya.
Busana Anggun YM Dayang Anisha Rosnah Adam Ketika Istiadat Perkahwinan Di-Raja Brunei
Di bawah, merupakan beberapa penampilan busana pengantin YM Dayang Anisha Rosnah ketika Istiadat Perkahwinan Diraja.
1. Busana Majlis Khatam Al-Quran

Foto: Instagram/Teh Firdaus
Pada 3 Januari, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di mana YM Dayang Anisha menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal tempatan, Teh Firdaus. Busana hasil ciptaan Teh Firdaus yang digayakan oleh Dayang Anisha di Majlis Khatam Al-Quran tersebut terserlah keayuan bersama kelancarannya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di samping penampilan yang sederhana tetapi berseri dalam busana baju kurung panjang dilapisi motif perak rona putih.
2. Busana Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja

Foto: Instagram/Muash Rosman
Pada tanggal 9 Januari telah berlangsungnya Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja. Pada majlis tersebut, YM Dayang Anisha Rosnah menyarungkan persalinan lace rona putih hasil rekaan Teh Firdaus menaikkan seri dan kelihatan elegan. YM Dayang Anisha Rosnah sekali lagi dilihat mengenakan busana lace moden rekaan pereka fesyen kelahiran Kedah, Teh Firdaus.
3. Busana Majlis Istiadat Berbedak

Foto: Instagram/Tmski
Ketika Majlis Istiadat Berbedak, YM Dayang Anisha Rosnah tampak begitu cantik didampingi 16 dayang-dayang dan turut menggayakan pakaian tradisional Brunei dalam persalinan rona merah anggun bersama perincian kulit yang disesuaikan dengan aksesori kuning keemasan.
4. Busana Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja

Foto: Instagram/Tmski
Pasangan merpati dua sejoli pengantin Diraja itu mengenakan persalinan putih sedondon dan permata berkilauan dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Bagi GLAM, the tiara and diamond necklace got our attention. Sparkled like a diamond!
5. Busana Majlis Santapan Diraja

Foto: Instagram/Tmski
Kecantikan YM Dayang Anisha dipadankan bersama kilauan mahkota dan permata semestinya memikat mata-mata tetamu yang hadir. YM Dayang Anisha mengenakan gaun panjang busana elegan serba putih sempena Majlis Santapan Diraja perkahwinan membuatkan ramai terpegun. Stunning!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
