fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Best Dressed Selebriti Di Billboard Music Awards 2017
5 Stail Selebriti ‘TO LOOK FORWARD’ in 2024
Versace Tidak Akan Menunjukkan Koleksi Couture Mereka Lagi
We’re Not Really Strangers x Valentino, Bicara Kepositifan dan Kebersamaan
Legasi Barisan Couture Bride Chanel Pilihan Karl Lagerfeld
Home > Fesyen > Koleksi Kaspul Mewah “Rihanna Loves Chopard” Di Festival Filem Cannes

Koleksi Kaspul Mewah “Rihanna Loves Chopard” Di Festival Filem Cannes

Dicintai oleh kebanyakan pereka fesyen dan juga jenama besar, penyanyi Rihanna nampaknya bakal menambah satu lagi jenama ke dalam portfolionya sebagai seorang pereka dengan kolaborasi terbarunya bersama Chopard.

 

Foto: Chopard

Koleksi perhiasan yang direka oleh Rihanna bersama presiden-bersama dan pengarah kreatif Chopard, Caroline Scheufele bakal dipersembahkan kepada khalayak umum pada bulan hadapan semasa Festival Filem Cannes.

 

Koleksi yang diberi nama “Rihanna Loves Chopard” itu bakal menampilkan hasil rekaan yang diinspirasikan oleh pulau kelahiran Rihanna, Barbados dan juga ikon-ikon Chopard yang diperbaharui.

 

Penyanyi “Diamonds” itu juga pernah menampilkan satu ceraian daripada koleksi ini sewaktu kemunculannya di karpet merah Anugerah Grammy baru-baru ini.

 

Rihanna Loves Chopard” terdiri daripada 9 rekaan yang berbeza, 2000 untuk setiap rekaan, akan memasuki butik-butik Chopard secara di peringkat antarabangsa pada bulan Jun ini. Pre-order juga boleh dibuat melalui laman sesawang dan juga butik-butik mereka.

 

Antara puncak kejayaan Rihanna sebagai seorang pereka adalah Fenty Puma by Rihanna dan dia juga memainkan peranan sebagai kpengarah kreatif wanita untuk jenama tersebut. Penyanyi itu juga pernah menghasilkan dua koleksi kapsul untuk Manolo Blahnik dan pada tahun lepas dia mereka rangkaian sunglasses bersama Dior.