Kerana 'Lack Of Diversity' & Rihanna, Victoria's Secret Fashion Show Akhirnya Dibatalkan? - Glam Malaysia

Kerana ‘Lack Of Diversity’ & Rihanna, Victoria’s Secret Fashion Show Akhirnya Dibatalkan?

Nothing lasts forever huh, termasuklah jua dengan persembahan fesyen terbesar dunia, Victoria’s Secret Fashion Show yang dikhabarkan tidak lagi akan dianjurkan. Awal Julai lalu, salah seorang model untuk Victoria’s Secret, Shanina Shaik mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa pertunjukan fesyen terbesar itu tidak akan berlaku sama sekali untuk tahun ini, namun apa saja boleh berlaku di masa hadapan. Selama 23 tahun, persembahan fesyen itu menghiasi kaca tv, namun pihak Victoria’s Secret akhirnya mendedahkan bahawa ia tidak akan diteruskan.

Foto: Getty

Para peminat Victoria’s Secret Fashion Show, yang menampillan barisan supermodel terhangat yang kurus dan jelita seperti Adriana Lima, Candice Swenepool, Gisele Bundchen, Heidi Klum, Bella & Gigi Hadid dan ramai lagi yang menyarung pakaian dalam dan kepak menawan sambil diiringi pemuzik handalan itu akhirnya terpaksa akur dengan keputusan ini, namun ada juga yang sudah menjangkakan dari awal lagi.

Pertunjukan Victoria’s Secret Fashion Show yang pertama diadakan di Plaza Hotel, New York City pada tahun 1995. (Foto: https://www.dailymail.co.uk)

Baru-baru ini, pihak Victoria’s Secret (VS) menerima tempias dek beberapa isu yang terjadi, namun antara yang paling meninggalkan kesan adalah mengenai lack of diversity, atau kekurangan keseragaman di atas runway VS. Ini berlaku selepas Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif Perhubungan Awam, Ed Razek mengatakan kepada Vogue bahawa model transeksual tidak akan pernah boleh untuk berjalan di atas runaway VS kerana pertunjukan fesyen tersebut adalah sebuah fantasi. Respon yang diberikan nyata mendapat kritikan ramai.

Ed Razek

Keadaan juga dilihat semakin parah apabila jumlah tontonan untuk pertunjukan VS yang terakhir pada tahun 2018 hanya mencatat 3.3 juta tontonan berbanding 10 juta tontonan pada tahun 2011, menurut laporan dari CNBC.

See also
Talk Show Gucci Dengan Beg #GucciBeloved

Ini ditambah pula dengan masalah jualan VS yang dikatakan semakin merundum dari tahun ke tahun berikutan persaingan dari jenama lain yang mengetengahkan pakaian yang boleh dipakai oleh semua saiz dan bentuk badan wanita. Laporan menyebut ramai wanita masa kini sudah beralih kepada jenama lain yang lebih sesuai dengan mereka iaitu Savage X Fenty lingerie dari Rihanna dan lain-lain. Eksekutif VS turut mendedahkan akan menutup hampir keseluruhan 53 kedai VS di US pada tahun ini.

PHOTO: J. LEE/FILMMAGIC.

Apa-apa pun, all the best to VS and we are totally looking foward to watch them strike a pose again on the runway!