Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Taylor Swift, Kendall Jenner, Daiyan Trisha, Paris Hilton, Sabrina Carpenter, Bella Hadid dan Zoe Saldana adalah antara bintang terkenal yang menggayakan corak plaid dalam penampilan mereka.
Daripada gaya preppy yang klasik hingga penampilan street style yang lebih berani, motif plaid terus menjadi pilihan selebriti untuk menambah lebih pernyataan gaya pada penampilan mereka. Corak plaid yang tampak chic ini sesuai digayakan bersama pelbagai item pakaian seperti skirt mini atau blazer. Sama ada ketika membeli belah atau majlis istimewa, corak ini cukup versatile. Tidak hairanlah ramai selebriti menjadikan corak ini sebagai elemen utama dalam gaya mereka, sekali gus menghidupkan semula pesona plaid dengan cara yang lebih moden dan baru. GLAM kongsikan beberapa inspirasi gaya corak plaid daripada selebriti terkenal!
Ini Barisan Selebriti Yang Menggayakan Corak Plaid!
1. Taylor Swift

Penyanyi dan penulis lagu terkemuka ini cukup menyukai mendandankan motif plaid apabila dia dilihat menggayakan pelbagai penampilan bersama corak tersebut. Sama ada di karpet merah atau penampilan santai untuk menyokong permainan bola teman lelakinya, Taylor Swift berjaya membuktikan bahawa motif ini cukul fleksible buat pelbagai acara. Misalnya, di karpet merah VMAs, Taylor Swift menyarungkan gaun korset bercorak plaid dalam rona kuning hitam daripada Dior. Bersama boots hitam yang grunge dan solekan dramatik, corak plaid ini tampil lebih menyerlah di karpet merah sebagai satu pernyataan gaya yang penuh daya tarikan.
2. Kendall Jenner

Kendall Jenner turut tidak ketinggalan menggayakan corak plaid. Model terkenal ini tampil dalam blazer Bottega Veneta berpotongan motif plaid dengan siluet pinggang kemas dan rekaan double-breasted serta dipadankan bersama blaus jacquard berjalur. Dia turut menyarungkan seluar wool potongan rapi serta kasut boots hitam paras buku lali, sekaligus menjadikan keseluruhan penampilan ini tampak polished dan chic.
3. Daiyan Trisha

Daiyan Trisha, penyanyi dan pelakon tempatan, turut memilih helaian plaid dalam estetika yang lebih bersahaja. Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan dilihat memadankan flannel bermotif plaid bersama helaian putih yang ringkas, lantas mewujudkan keseimbangan antara gaya kasual dan sentuhan cool yang bersahaja. Gayanya kemudian dilengkapkan dengan aksesori rantai minimal. Hasilnya, gaya Daiyan tampil moden dan dekat dengan aura street style yang mudah didekati.
4. Paris Hilton

Ikon fesyen, Paris Hilton hadir cukup chic dalam set padanan bercorak plaid rona kelabu yang memberikan sentuhan klasik namun kekal kontemporari. Penampilannya dilengkapkan dengan kasut boots hitam, tas tangan berstruktur serta cermin mata hitam yang menambah elemen misteri, sekaligus membentuk gaya yang tampak rapi dan berkelas di mata khalayak.
5. Bella Hadid

Bella Hadid menggabungkan estetika preppy bersama elemen sportswear dalam satu penampilan yang cukup versatil. Dia mengenakan skirt midi bermotif plaid yang membangkitkan nostalgia era grunge 1990-an, kemudian dipadankan dengan sepasang kasut sukan Adidas Samba serta sweater berona biru. Bagi melengkapkan gaya, Bella Hadid turut menambah cermin mata bingkai segi empat dan tas tangan putih Prada Cleo sebagai sentuhan akhir.
6. Sabrina Carpenter

Sabrina Carpenter menggayakan skirt midi bermotif plaid dalam gabungan warna kelabu gelap dan kuning, lengkap dengan siluet unik serta perincian pleats yang memberi elemen alunan pada keseluruhan penampilan penyanyi itu. Imejnya itu kemudian dipadankan dengan helaian knit turtleneck hitam tanpa lengan, tas tangan rona merah ceri serta kasut tumit hitam daripada Christian Louboutin yang menyempurnakan gaya dengan sentuhan feminin.
7. Zoe Saldana

Zoe Saldaña membuktikan corak plaid mampu tampil elegan dalam estetika yang lebih matang dan sofistikated. Pelakon wanita itu menyarungkan kemeja bercorak plaid daripada Saint Laurent, yang dibiarkan sedikit terbuka pada bahagian dada bagi mencipta siluet yang santai namun sensual. Helaian tersebut dipadankan bersama seluar culottes baldu hitam berpotongan lebar dan tali pinggang kulit hitam serta aksesori emas minimal Rambut yang disisir kemas ke belakang dan solekan segar pula memberi ruang kepada helaian Saint Laurent itu untuk menjadi fokus utama penampilannya.
Artikel berkaitan: Chic In Dots: Ini Cara Mix and Match Corak Polka Dot
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Elsa Hosk Teruskan Trend Rambut Bob!
Pasangan Zodiak Yang Serasi: Kadang Jodoh Kita Memang Ikut B...
Emma Watson Mempertahankan Dirinya Ikutan Kecaman Peminat Be...
Dialog Fesyen: Arunsayfulldesiree
Senaman Yang Anda Boleh Lalukan Ketika Berpuasa
Filem Duyung Kembali Dengan Sekuel Selepas 16 Tahun
Update Terkini Fesyen Mesti Tahu
GLAM Dan Sharifah Sakinah Kongsi Pengalaman #MyVolvoVibe
Jam Tangan OMEGA Baharu Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada ...
Perincian Mewah Celine Musim Luruh/Sejuk 2015
Libur – Romantis Alam Di Avani Gold Coast Sepang
AZRINAZ MAZHAR HAKIM
Ketahui Teknik Tepat Untuk Membersih Wajah!
Sejenak – Pilihan Perhiasan Atas Talian
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama
5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
