Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioKemunculan Pemain Tenis Bertaraf Dunia, Naomi Osaka mencuri tumpuan ramai di Wimbledon 2026 dengan mengenakan busana serba putih yang memartabatkan sisi tradisional Jepun.
Naomi Osaka, nama yang tidak asing lagi dalam dunia tenis. Penampilannya di Wimbledon 2026 membuktikan bahawa sukan juga mampu menjadi medium meraikan identiti budaya. Busana serba putih yang diinspirasikan daripada kimono tradisional Jepun itu pantas menjadi antara penampilan paling diperkatakan sepanjang kejohanan!
Fesyen Bertemu Sukan

Selain daripada bakat dalam bidang sukan, Naomi turut digelar sebagai salah seorang pemain tenis yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Penampilan Naomi Osaka disetiap perlawanan tidak pernah mengecewakan para peminat. Seiring dengan gaya permainan yang bijak, Naomi juga bijak dan kreatif dalam menggabungkan elemen fesyen dan juga sportwear dan sering di berkolaborasi bersama jenama sukan terkenal antarabangsa seperti NIKE.
Memartabatkan Warisan Jepun

Dengan penuh rasa cinta dan bangga akan tanah airnya, Naomi Osaka mengangkat sisi tradisional Jepun ke liga Tenis England Wimbledon 2026 dengan berkimono serba putih yang diinspirasikan oleh kimono tradisional Jepun. Penampilan Naomi yang gah itu menjadi bukti bahawa warisan budaya boleh diangkat ke pentas sukan bertaraf dunia. Rekaan yang diberi nama “Evolving Ceremony” itu diinspirasikan daripada pakaian istiadat wanita Jepun yang lazim dipakai pada majlis penting seperti perkahwinan dan graduasi.
Disebalik Pembuatan Busana

Disebalik busana putih yang mencuri perhatian di Wimbledon 2026, berdiri seorang pereka muda dari Tokyo, Hana Yagi, yang bertanggungjawab mencipta rekaan khas buat Naomi Osaka. Menurut Naomi Osaka, watak O-Ren Ishii dalam salah satu filem kegemarannya, Kill Bill turut menjadi inspirasi dalam penghasilan busana itu. Selain itu, setiap helaian kimono tersebut dihasilkan dengan gabungan fabrik kimono vintage serta elemen deconstructed wedding dress, menjadikan rekaan itu bukan sahaja simbol warisan budaya, malah karya fesyen kontemporari yang unik!
Artikel berkaitan: Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-B
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
