Elegan & Versatil, SANDRO Wujudkan Gaya Ideal Para Ibu - Glam Malaysia
Elegan & Versatil, SANDRO Wujudkan Gaya Ideal Para Ibu

Elegan & Versatil, SANDRO Wujudkan Gaya Ideal Para Ibu

TAK HANYA BERDESAIN ELEGAN MINIMALIS, RANGKAIAN INI JUGA MENJUNJUNG TINGGI KEFUNGSIAN. SANDRO MEMBERI CADANGAN GAYA TERBAIK BUAT SI IBU SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU. 

Meraikan Hari Ibu, SANDRO, jenama fesyen yang berasal dari Perancis, menghimpunkan koleksi baju dan aksesori citra musim baru untuk ibu-ibu bergaya yang bersedia untuk menonjolkan daya tarikan sofistikated dan keanggunan feminin mereka. Dekati kreasi SANDRO yang tentunya akan sempurna melengkapi berbagai gaya para ibu, mulai dari kasual hingga formal. 

Sebagai seleksi yang hebat, jaket elegan dan kardigan versatil adalah paduan serba boleh untuk setiap tujuan. Dengan perincian yang indah, ia sesuai buat penampilan untuk majlis-majlis khas dengan padanan beg metalik berkilat. Walaupun dress yang memancarkan nada santai dan bersahaja, tekstur unik dan siluetnya nyata mengagumkan. 

Efek warna lembut turut menjadi daya tarik yang menyempurnakan penampilan dress yang sudah tak perlu diragukan lagi dengan kualitinya. Dengan hasil akhir yang sempurna. Seleksi jaket, dress dan celana yang akan mengelevansi tampilan sehari-hari si ibu yang bergaya. Semak gaya-gaya SANDRO khusus Hari Ibu yang memungkinkan bingkisan untuk para ibu. 

See also
Lily-Rose Depp Akhirnya Beraksi Di Atas Pentas Chanel

 

Artikel berkaitan: Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo