The 'IT' Bag-Mulberry the Alexa - Glam Malaysia

The ‘IT’ Bag-Mulberry the Alexa

The Alexa, ilham Mulberry termaktub antara lambakan beg paling ikonik sekitar era 2010s. Ikon fesyen Alexa Chung yang bertanggungjawab mempopularkan tas tangan the Alexa, dan langsung mencetus fenomena tersendiri. Sewaktu popularnya senario ‘street style’, imej Alexa Chung membawa the Alexa, kerap dipaparkan dan tentunya menjadi tumpuan. Terutamanya di kalangan anak muda ketika itu. The ‘IT’ bag Mulberry pernah menjadi obsesi suatu ketika.

Sepuluh tahun kemudian, pada 2020, Mulberry mengembalikan semula koleksi the Alexa dengan pembaharuan baru. Menepati kehendak pasaran sekarang. Apakah mungkin the ‘IT’ bag, the Alexa kembali menjadi obsesi?

Sempena ulang tahun ke-50, Mulberry mempersembahkan rangkaian the Alexa, bersiluet yang sama, namun dipertingkatkan penciptaannya dengan ‘sustainable updates’. Penciptaan the Alexa yang baru dijalankan dengan sistem dan penggunaan bahan-bahan mesra alam. Selaras dengan usaha Mulberry dalam melestarikan alam.

the Alexa Mulberry
the Alexa mulberry

The Alexa mengajak generasi baru untuk berjiwa bebas, berkeyakinan dan ‘effortlessly’ stylish seperti Alexa Chung sendiri. Pasukan kreatif Mulberry cukup terinspirasi dengan identiti dan personaliti Alexa Chung yang ‘carefree’. Untuk edisi yang baharu ini, reka bentuk asal the Alexa dikekalkan.

See also
#PFW: Himpunan Street Style Mengagumkan Paris Fashion Week

Pun begitu, bagi menghangatkan lagi ‘kepulangan’ the Alexa selepas sepuluh tahun, terdapat variasi warna dan saiz yang ditawarkan. Antara warna yang patut miliki ialah ‘chestnut’, neon pink dan kuning neon, bagi golongan yang gemarkan impak dalam penggayaan.

Material kulit bermutu merupakan faktor terpenting, dilengkapi pula aksesori ‘postman’s lock’ sebagai penegasan gaya. Paling mengujakan, antara saiz yang terkandung dalam koleksi kali ini adalah bermula dari mini sehinggalah yang ‘oversized’.

Pelbagai cara boleh digayakan dengan the Alexa yang baharu ini, misalnya dijinjing, disilang mahupun digalas bergantung pada ‘mood’ anda ketika itu.