Selena Gomez Bintang Baru Puma Dengan Kontrak $30 Juta
Baru sahaja minggu lalu Selena Gomez berkongsikan kisah menyentuh hati antara dirinya dan rakan karibnya Francia Raisa yang telah mendermakan buah pinggangnya untuk membantu Gomez melawan penyakit lupus.
It took Gomez beberapa bulan untuk pulih dan kini dia kembali ke lensa kamera khalayak umum dengan kemunculannya di NYFW. Seperti enggan berhenti disitu sahaja, Gomez juga turut mengumumkan bahawa dia kini membintangi kempen terbaru untuk jenama athleisure terkenal, Puma.
Officially a part of the fam @puma #pumapartner
A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on
Dengan kontrak bernilai $30 juta dan tempoh dua tahun, Puma juga turut mengumumkan bahawa Gomez bakal mengarah dan membintangi beberapa kempen untuk mereka. Malah dia juga akan memberi sentuhan kreatifnya sendiri untuk melancarkan produk bersama-sama Puma.
“Saya tidak suka apabila orang merasakan yang mereka perlu kelihatan segak dengan apa yang mereka pakai. Itu satu perkara yang menarik tentang Puma sejak kebelakangan ini. Mereka mengeluarkan ceraian yang orang tahu akan kelihatan segak dipadankan dengan apa pun,” nyata Gomez kepada Vogue.
Teman lelaki Gomez, The Weeknd, juga merupakan salah seorang duta Puma namun untuk kempen yang berbeza.
“Saya dan teman lelaki saya berkongsi almari pakai dan kami mengeluarkan pelbagai idea yang menarik. Kadangkala saya akan memakai Puma miliknya dan padankan dengan kasut saya. Saya akan berpakaian sebegitu untuk malam temu janji yang kasual. Anda mahu merasa yakin dengan pakaian anda. Apabila anda mula merasa tertekan mengenai hal ini dan merasakan anda harus menghasilkan sesuatu imej… anda tidak patut merasa sedemikian.”
Fearless talent and ? of Instagram joins the family. @selenagomez #DoYou
A post shared by PUMA (@puma) on
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
