Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioSalvatore Ferragamo injek rona pop dengan cetusan gaya 80-an buat himpunan cermin mata terkini mereka!
Terkini di gerobok cermin mata Salvatore Ferragamo adalah tujuh cermin mata berona indah serta memberi gaya genderless. Bingkainya direka lebih besar serta diperbuat menggunakan material lut sinar memberikan gaya klasik 80-an yang lebih playfull dan bold! Rona yang ditaruhkan antaranya adalah merah jambu terang, biru pucat dan kuning.

Ia dilancarkan pada Hari Dunia 2022! Selain hadir dalam tujuh warna pelangi, cermin mata ini juga diperbuat daripada bahan kompaun berasaskan tumbuhan. cerminnya pula menggunakan bahan asas tumbuhan daripada kayu sisaan aktiviti pertanian. Cermin mata Multicolor Eyewear Capsule ini hadir dalam kotak istimewa yang diperbuat menggunakan 50% material kitar semula. Ini selari dengan praktis kelestarian alam oleh Salvatore Ferragamo.

Salvatore Ferragamo sentiasa bersifat terbuka dalam melancarkan koleksi berinovasi tinggi. Serta cukup mengambil berat tentang impaknya pada alam sekitar. Maka setiap produk yang dilancarkan perlu menepati komitmen yang telah digarap oleh jenama Florentine ini. Setiapnya dihasilkan dengan teknik berproduksi tinggi serta paduan kraftangan yang bagus.

Setiap cermin mata mempunyai bingkai yang lebih ringan walaupun direka chunky. Sisi bingkai pula ditambah dengan seni imbul Gancini untuk menjadikan koleksi ini sebagai satu item hangat di Salvatore Ferragamo.
Artikel Berkaitan: The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
