5 Tahun Bersama Mulberry, Johnny Coca Umum Undur Diri - Glam Malaysia

5 Tahun Bersama Mulberry, Johnny Coca Umum Undur Diri

Jenama fesyen antarabangsa, Mulberry mengumumkan pengunduran Johnny Coca sebagai Pengarah Seni selepas lima tahun, berakhir bulan ini. Ketika Johnny bersama Mulberry, Johnny telah menjadi peneraju kreatif dalam membangunkan visi gaya hidup mewah untuk jenama itu. Selain itu, beliau telah menyelia beberapa pelancaran koleksi beg baharu dan ikonik termasuk Amberly dan Iris, kategori kaca mata dan kasut, malah pelancaran semula aksesori lelaki dan rangkaian barang kemas.

Tempoh pengunduran beliau bertepatan dengan program pengembangan antarabanga yang telah melihat jenama ini memperluaskan kehadirannya di seluruh dunia, disokong pengguna di seluruh UK, Jepun, Korea Selatan, Amerika Utara, Eropah dan Australia. Koleksi Musim Bunga/Panas 2021 menandakan koleksi terakhir Johnny. Khabarnya, Mulberry masih lagi dalam proses mencari pengganti Johnny.

Jelas Johnny dalam satu kenyataannya, “Saya cukup menghargai masa saya bersama jenama warisan Inggeris ikonik ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan semua orang yang telah menyokong saya selama saya di sini. Saya cukup berbangga dengan apa telah kita capai serta koleksi yang telah kita telah hasilkan selama ini. Semangat dan dedikasi di Mulberry amat luar biasa dan saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada sejarah jenama itu.”

See also
Momen Fesyen Terbaik Pasangan Beckham

All the best Johnny!

Credit photo on the top: Leá Crespi