GUESS Hadirkan Koleksi Musim Panas 2023, Sentuhan Klasik Untuk Padu Padan Stylish - Glam Malaysia
GUESS Hadirkan Koleksi Musim Panas 2023, Sentuhan Klasik Untuk Padu Padan Stylish

GUESS Hadirkan Koleksi Musim Panas 2023, Sentuhan Klasik Untuk Padu Padan Stylish

SUMMER VIBE! GUESS PERKENALKAN KOLEKSI READY TO WEAR DAN AKSESORI HANGAT DEDIKASI MUSIM PANAS. SUATU KOLEKSI NYATA TERINSPIRASI DARI STAIL PERCUTIAN MUSIM PANAS YANG AKRAB DENGAN SILUET SEGAR DAN MOTIF BUNGA-BUNGA YANG MEKAR. 

GUESS mempersembahkan koleksi terbaru mereka, untuk musim panas 2023. Pelancaran koleksi ini juga disertai dengan imej kempen yang menampilkan koleksi tas tangan, jam tangan, perhisan, kacamata hitam, dan haruman terbaru GUESS. 

Melalui koleksi ini, GUESS mengajak para pecinta fesyen, khususnya wanita untuk lebih bijak bergaya sempena kunjungan musim panas. Koleksinya sendiri terinspirasi dari perpaduan dan keanggunan yang feminin dan bunga-bunga yang sedang mekar. 

GUESS kembali menyoroti logo mereka dan pola gaya yang ikonik kemudian dicetak pada variasi helaian dan tas tangan utama. Ada juga koleksi untuk lelaki dan perempuan, sekaligus diperkenalkan secara bersamaan. Memberi idea gaya yang segar buat pasangan yang mahu tampil seiring supaya sama-sama stylish. Rekaan yang terkandung dihadirkan dalam palet warna musim panas, seperti brown, putih, dan hijau pastel. 

See also
UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan

GUESS juga banyak menghadirkan aksesori yang multifungsi-dapat diaplikasikan dengan pelbagai acara, baik kasual, semi formal, mahupun formal. Namun lebih terserlah untuk digayakan sewaktu menghadiri pesta musim panas. Seperti festival muzik, ‘beach party’ dan bersantai di kelab muzik. Terdapat satu tas tangan yang boleh diubah menjadi tas silang, sehingga sesuai untuk digunakan sehari-hari atau saat beraktiviti santai. Kemudian ada koleksi yang disesuaikan dengan esensi dari musim tertentu. Misalnya, beg tote besar yang bercetak logo GUESS, sebagai representasi musim panas. 

Untuk outfit pula, GUESS banyak menghadirkan top dan dress berasaskan cetakan yang berinspirasi bohemian serta moroccan style. Contohnya ada koleksi dress yang dipenuhi cetakan floral. Jika kurang gemar helaian sarat cetakan, GUESS tetap menghadirkan opsyen pakaian asas dengan warna semula jadi dan lebih bermain terhadap bentuk dari outfit tersebut. 

Artikel berkaitan: HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM