fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Trend Kaca Mata Vintaj 70an Kembali!
Fesyen Rihanna Ketika Bersama Putera Harry
Stail Peribadi Permaisuri Jordan
MCM Melakar Legasi Baharu dalam Dunia Smart Luxury
Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York
Home > Fesyen > Suzy Bae Pilih Gem Dior Sebagai Pelengkap Aksesori

Suzy Bae Pilih Gem Dior Sebagai Pelengkap Aksesori

Selalunya jika rekaan jam tangan dan barang kemas mesti bersifat organik. Hadir dalam rekaan bulat yang sama. Bosan dengan staul sebegini, juga banyak habiskan amsa sendirian di rumah dek lokcdown membuatkan Victoire de Castellane mereka sesauatu yang luar norma. Maka lahirkan koleksi jam tangan dan barang kemas yang bercitrakan seni abstrak tapi masih kekal organik. Rekaan yang diberi nama koleksi Gem ini menggabungkan seni ilham 70-an dengan teknik cantuman membentuk satu yang abstrak organik. Ia menarik minat Suzy Bae, yang sendiri punya sensasi gaya serupa Gem.

suzy bae

koleksi yang dilihat dipakai oleh Suzy bae ini hadir dalam tujuh rekaan bentuk jam serta ada 11 barang kemas yang direka oleh de Castellane. Ini merupakan himpunan kedua ilhamnya setelah menganggotai pasukan kreatif Dior. Terdahulu, de Castellane mereka koleksi The D de Dior yang cukup berlainan dengan Gem Dior. Bezanya terletak pada bentuk yang mencantumkan bentuk oktagon serta tidak disusun selari. Inilah yang dilabelkan sebagai abstract organic.

Setiap yang dihasilkan di Dior pastinya ada ceritanya berkaitan dengan mendiang Christian Dior. Ada juga buat Gem Dior. Victoire de Castellane mendapat idea menyusun oktagon seakan bagaimana Monsieur Dior itu menyusung setiap fabrik conto buat adi busananya pada kertas. Mainan palet indah pada perca kain juga memberikan idea buat Victoire de Castellane untuk menggabungkan rona-rona indah pada emas.

Pautan Berkenaan: Spade Flower Jacquard, Taruhan Kate Spade New York