Spade Flower Jacquard, Taruhan Kate Spade New York
Kate Spade New York menyifatkan tas musim bunga kali ini sebagai satu rangkaian aksesori yang menggelorakan aspek playful. Konsentrasi corak yang pelbagai, mencemerlangkan motif floral cukup akrab dengan trend fesyen musim bunga. Khusus musim baharu, Kate Spade New York menjadikan motif spade flower dengan menggunakan material jacquard sebagai staple dan sebahagian daripada gerobok penting musim bunga.
Kate Spade New York menggembalikan tekstur jacquard dan garapan floral ikonik Kate Spade New York, ilham Limonta bertunas pula ke pertambahan corak. Kesatuan idea tersebut diperhebatkan lagi dengan teknik ‘washed’, yang bertujuan memperlihatkan efek natural. Dan warna biru navy yang meliputi setiap rekaan terkandung, memerihalkan mood musim bunga yang sejati.
Reka bentuk chic serta bermain dengan kualiti dan mutu, membuktikan rangkaian tas ‘spade flower jacquard’ merupakan satu koleksi yang bijak. Tidak mengabaikan perkara seperti penggunaan material yang punya daya tahan, lantas membuatkan himpunan ini turut bersifat praktikal.
Dalam kempen video yang bertajuk ‘Together Forever’, terdapat beg tote variasi fungsi dan beg mini yang bernada muda. Sifat ‘fearless’ yang terdapat pada rekaan ini, benar-benar melambangkan identiti Kate Spade New York.
Mood kempen meraikan cinta dan keindividuan, yang mana penampilan pasangan cinta yang berusia dan muda serta sayangi diri sendiri- ‘self-care’. Dua bintang kempen yang bebas berekspresi sambil bergaya dengan tas ‘spade flower jacquard’, cukup sempurna meraikan unsur-unsur self-care. Jiwa bebas yang melatari kempen ‘Together Forever’ adalah satu pembikinan kempen yang menyanjungi kepositifan.
Sebanyak lima rekaan yang ditawarkan dalam ‘spade flower jacquard’, termasuklah tiga saiz berbeza-beza beg tote yang memenuhi kehendak wanita zaman sekarang. Tali jinjing yang dihadirkan dalam pelbagai bentuk, membangkitkan gaya gadis kota serta merupakan butiran tambahan yang meningkatkan lagi karakter beg. Beg mini bersifat dualitas, sama ada dijinjing atau disilang, terlihat nyata direka buat generasi muda. Beg bahu yang kembali popular, turut dimuatkan dalam koleksi ‘spade flower jacquard’. Langsung, membuktikan himpunan ‘spade flower jacquard’ bertumpu pada semua jenis wanita. All women, all styles.
#LoveInSpades