5 Selebriti Pilihan GLAM di Festival Filem Cannes ke-78 Dalam Chopard
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioPada Majlis Pembukaan Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-78, karpet merah disinari oleh kehadiran selebriti terkenal antarabangsa yang tampil anggun dan elegan dengan perhiasan mewah daripada Chopard.
Dari zamrud dan berlian menawan hingga batu permata berwarna-warni, setiap penampilan mempamerkan kehalusan reka bentuk serta komitmen Chopard terhadap kemampanan melalui penggunaan emas putih etika 18 karat. Duta jenama, ahli juri festival, pelakon terkenal, dan tokoh berpengaruh tampil memukau dengan koleksi eksklusif seperti Haute Joaillerie, Red Carpet, dan L’Heure du Diamant, menjadikan acara ini satu perayaan gaya dan keindahan yang tiada tandingan.
Chopard hiasi Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-78
1. Bella Hadid

Model dan duta Chopard, Bella Hadid bersinar dengan sepasang subang emas putih 18 karat yang mengandungi dua zamrud potongan emerald berjumlah 118.68 karat, dihiasi berlian potongan pear dan brilliant dari Koleksi Red Carpet. Beliau juga memakai dua cincin berlian dari Koleksi Haute Joaillerie.
2. Juliette Binoche

Ahli juri dan pelakon dari Perancis, Juliette Binoche tampil anggun dengan subang berlian dalam emas putih 18 karat dari Koleksi Haute Joaillerie dan cincin eternity berlian dari Koleksi L’Heure du Diamant.
3. Alba Rohrwacher

Ahli juri dan pelakon dari Itali, Alba Rohrwacher memakai subang berlian dan cincin kluster berlian dalam emas putih 18 karat dari Koleksi L’Heure du Diamant. Beliau juga memakai sepasang lagi subang berlian dan gelang tennis berlian dari Koleksi Haute Joaillerie.
4. Amina Khalil

Aktres dari Mesir, Amina Khalil berseri-seri dengan subang bertatahkan batu safir berwarna-warni dan berlian dalam emas putih 18 karat dari Koleksi Red Carpet. Beliau juga memakai cincin dalam emas putih 18 karat dengan batu delima potongan pear seberat 10.62 karat yang dihiasi dua berlian dari Koleksi Haute Joaillerie.
5. Anna Ferzetti

Aktres dari Itali, Anna Ferzetti memakai subang dalam emas putih 18 karat yang dihiasi dua batu safir potongan pear (31.83 karat) dan berlian (5.45 karat). Beliau juga memakai cincin safir potongan emerald (12.97 karat) dengan dua berlian potongan half-moon (1.41 karat) dari Koleksi Haute Joaillerie, serta cincin kluster berlian dari Koleksi L’Heure du Diamant.
Artikel Berkaitan: Kilauan Zamrud Buat Koleksi Insofu di Chopard
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
