Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioMaison Valentino meraikan evolusi Valentino Garavani Rockstud menerusi acara eksklusif Rockstud Salon di Bangkok, dengan kehadiran tiga selebriti Thailand terkemuka termasuk Freen Sarocha, Jeff Satur dan Bow Maylada.
Bangkok menjadi destinasi terbaharu Maison Valentino untuk meraikan salah satu kod reka bentuk paling ikoniknya menerusi acara Rockstud Salon yang berlangsung di butik Valentino EmQuartier. Acara eksklusif ini mengundang tetamu untuk meneroka koleksi aksesori Valentino Garavani serta interpretasi terbaharu daripada koleksi Pre-Fall 2026 yang direka oleh Pengarah Kreatif, Alessandro Michele.

Menjadi tumpuan apabila kemunculan semula Valentino Garavani Rockstud Pumps yang pertama kali diperkenalkan dalam koleksi musim luruh/musim sejuk 2010-11, diberikan sentuhan baharu menerusi visi kreatif Alessandro Michele. Rekaan ikonik ini tampil dengan siluet yang lebih moden, sambil mengekalkan identiti Rockstud yang menjadi simbol estetik Valentino selama lebih sedekad. Lebih menghangatkan suasana, acara ini turut menghimpunkan beberapa nama besar bintang Thailand yang hadir menggayakan helaian Pre-Fall 2026 bersama aksesori Valentino Garavani.
Maison Valentino Menganjurkan Acara Rockstud Salon Di Thailand
1. Freen Sarocha

Freen Sarocha membuktikan mengapa duta global Valentino ini terus menjadi antara wajah fesyen paling berpengaruh di Thailand, apabila tampil dalam padanan jaket tweed berkotak bersama skirt mini tweed yang sofistikated. Siluet klasik itu diberikan sentuhan lebih segar menerusi gaya yang ringkas namun tetap menyerlah. Penampilannya disempurnakan dengan beg bahu Valentino Garavani Panthea dan Rockstud Pumps baharu. Gabungan aksesori ikonik bersama tekstur tweed mencipta keseimbangan sempurna antara keanggunan klasik dan esen moden yang menjadi teras koleksi Valentino musim ini.
2. Jeff Satur

Sebagai duta jenama Valentino, Jeff Satur hadir memadukan penampilan yang memancarkan karakter maskulin yang kemas namun penuh perincian. Bintang terkenal ini menggayakan jaket bulu berperincian butang bersama seluar sedondon yang dipadankan dengan polo dan kemeja sutera berlapis. Pilihan gaya tersebut menyerlahkan pendekatan Alessandro Michele yang gemar bermain dengan elemen klasik menerusi penggayaan yang lebih ekspresif. Penampilannya turut dilengkapkan dengan beg silang Valentino Garavani Rockstud dan sepasang but yang memberikan sentuhan kontemporari pada keseluruhan penampilannya.
3. Bow Maylada

Bow Maylada pula mencuri perhatian menerusi dress midi crepe couture yang dihiasi perincian bulu serta aksen VLogo. Rekaan tersebut menyerlahkan sisi feminin yang elegan, lantas mencerminkan DNA romantik yang sering dikaitkan dengan jenama Valentino. Bagi melengkapkan gaya, Bow Maylada turut diperlihatkan membawa beg bahu Valentino Garavani Panthea dan menyarungkan Rockstud Pumps yang menjadi bintang utama acara. Penampilannya membuktikan bagaimana elemen couture dan aksesori ikonik mampu bergabung dalam menghasilkan gaya yang sofistikated tanpa kelihatan berlebihan.
Artikel berkaitan: Valentino Garavani, Legasi Abadi Keanggunan Itali
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
