Gaya Barisan Tetamu Yang Mencuri Tumpuan Di Royal Ascot 2026
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioSelain aksi lumba kuda yang mendebarkan, Royal Ascot 2026 sekali lagi menjadi pentas fesyen yang dipenuhi penampilan elegan dan sofistikated. Daripada topi dramatik hingga siluet yang memukau, ini antara gaya yang paling mencuri tumpuan tahun ini.
Diasaskan pada tahun 1771, Royal Ascot merupakan acara lumba kuda paling berprestij di Britian yang dianjurkan setiap Jun. Acara bersejarah ini bukan sahaja menghimpunkan peminat sukan ekuestrian, malah turut dihadiri Raja, Permaisuri serta kerabat diraja British yang mempunyai hubungan rapat dengan tradisi berkuda sejak sekian lama. Selain itu, Royal Ascot turut dikenali sebagai antara acara fesyen paling dinanti-nantikan setiap tahun. Menjadi pentas untuk mempamerkan gaya elegan para tetamu! Berikut adalah barisan tetamu yang mencuri tumpuan di Royal Ascot 2026!
1. Kate Middelton

Kemunculan yang dinanti-nantikan setiap tahun akhirnya tiba, Catherine Princess of Wales atau lebih dikenali sebagai Kate Middleton yang tampil di hari kedua Royal Ascot mengenakan ‘Brigitte’ midi dress bewarna kuning ikonik rekaan roksandailincic pilihannya. Gaun ini pernah digayakannya pada tahun 2022, ketika melawat ke Jamaica dan menghadiri Wimbledon. Berbezanya, penampilan kali ini dilengkapi dengan topi epona dengan perincian layah berjaring dan aksesori seperti anting-anting Queen Elizabeth II’s diamond chandelier serta gelang tangan Diana’s Nigel Milne pearl.
2. Princess Anne

Berlainan dari hari pertama yang vibrant dengan warna, penampilan Princess Anne pada hari kedua perlumbaan Acsot menjadi perhatian ramai apabila beliau mengembalikan semula sut merah jambu vintage karya Maureen Baker dan Susan Small yang pernah digayakan beliau 25 tahun lalu di Royal Ascort 2001. Busana yang masih utuh dan dijaga dengan rapi itu meraih pujian ramai, tidak dinafikan auranya masih sama seperti dahulu!
3. Maura Higgins

Maura Higgings tampil begitu elegan dan classy menerusi rekaan Sabina Bilenko yang menonjolkan perincian topi sebagai fokus utama. Busana yang tidak sangat dengan aksesori tetapi kaya dengan elemen statement, memberikan aura yang gah. Aksesori kepala berupa topi rekaan jtmillinery yang memainkan peranan sebagai mahkota itu dihiasi dengan elemen misteri yang melengkapkan lagi penampilan Maura.
4. Isabelle De La Bruyere

Teman wanita David-Jones, Isabelle De La Bruyere, hadir dengan aura seorang wanita perancis yang begitu kuat. Pilihan busananya menyerlahkan lagi sisi feminin dan chic beliau. Anting-anting berona hijau memberikan kontras yang sempurna, sekali gus mengimbangi keseluruhan penampilanya. Isabelle turut menggayakan topi hitam putih yang berstruktur tajam, mencerminkan personaliti yang tegas namun penuh gaya. Dipadankan dengan gaun yang kemas serta tali pinggang hitam sebagai pelengkap, penampilannya membuktikan bahawa keanggunan sering terletak pada kesederhanaan yang disusun dengan sempurna.
5. Leonora Smee

Busana bersiluet satin yang dipadankan dengan renda itu menjadi penampilan yang mencuri perhatian ramai. Gabungan tekstur yang menyerlahkan keseimbangan antara elegan dan seksi. Penampilan tersebut dilengkapkan pula dengan sarung tangan hitam berkilauan yang menambah elemen dramatik.
Artikel berkaitan: Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
