Havaianas Lancar Koleksi Sparkle Sempena Krismas - Glam Malaysia

Havaianas Lancar Koleksi Sparkle Sempena Krismas

Masih mood mencari hadiah terbaik untuk diberikan pada yang tersayang sempena Krismas ini? Jom lihat koleksi terkini yang ditawarkan Havaianas!

Peminat setia jenama Havaianas ini pastinya sudah tahu tentang koleksi popular mereka iaitu Sparkle yang mula dilancarkan pada tiga tahun yang lalu. Sesungguhnya koleksi ini mendapat sambutan yang menggalakkan, maka Tahun ini mereka hadir dengan rekaan tambahan dalam koleksi ini yang diberi nama “Slim Sparkle”, “Slim Sparkle II”, “Slim Glitter II” dan “Slim Glitter Flourish”. Bukan itu sahaja, jenama sandal popular yang berasal dari Brazil ini turut melancarkan koleksi “Luna Premium II” untuk para peminatnya! 

Slim Sparkle II RM139

Koleksi ini hadir dalam rekaan yang cukup bersahaja namun disuntik elemen kemilau bukan sahaja pada sisi tapak selipar, namun juga pada tali garis halusnya. Anda boleh memilih daripada pilihan warna baharu seperti Indigo Biru, Biru Nautika, Aubergine juga Crocus Ros.

Slim Glitter II RM109

Havaianas Lancar Koleksi Sparkle Sempena Krismas

Jika anda mahukan yang lebih minimalis, Slim Glitter II adalah pilihan yang paling tepat. Masih mengekalkan ciri kemilau, namun ianya hanya boleh didapati di bahagian tali garis selipar ini sahaja. Anda boleh dapatkan dalam pilihan warna seperti Beige, Black/Mettalic Grey Strap, Ice Gray juga Crocus Ros. 

See also
Must Have Setiap Wanita Bergaya

Slim Glitter Flourish RM109

Ini adalah salah satu koleksi yang menjadi pilihan GLAM. Anda boleh saksikan kemilau yang sedikit berbeza daripa koleksi lain pada bahagian tali garis selipar ini. Ia direka dalam material lutsinar dengan dihiasi hiasan ala confetti Meriah menjadikan ia satu koleksi yang sangat istimewa. Pilihan warna juga menarik! Ia hadir dalam koleksi rona Biru Nautika, Merah Jambu macaron, Ungu juga Hijau.

Luna Premium II RM139

Havaianas Lancar Koleksi Sparkle Sempena Krismas

Mesti miliki! Jika anda mahukan selipar yang lain daripada yang lain, dapatkan koleksi Luna Premium II ini. Reka bentuknya yang tidak begitu asas dan paling penting sesuai digayakan kemana-mana sahaja untuk apa jua majlis. Tali garis yang direka menarik serta dilitupi kemilau dan mampu membuatkan look keseluruhan anda tampak glamor. Ia hadir dalam rona Steel Grey, Dark Brown, Rose Gold, Red, Pink Retro Metallis. 

Jangan lupa untuk berkunjung ke butik mereka yang terdekat untuk ketahui promosi hebat yang disedikan jenama ini sempena musim perayaan ini! 

See also
Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach

 

Pautan Berkaitan: “Coach on the Move”, Alami Keseronokan Musim Perayaan