The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani - Glam Malaysia

The Roaring Hearts: Christinna Kuan, Glenn Yong & Johanis Sani

PRINSIP KENDIRI YANG LEBIH INKLUSIF MEMERLUKAN KEBERANIAN, KARISMA JUGA KEYAKINAN YANG TINGGI. MENYANTUNI INTELEK GENERASI MUDA KALA INI GLAM MEMBAWAKAN CHRISTINNA KUAN, GLENN YONG & JOHANIS SANI DALAM MEMBINTANGI BARISAN NEXT GEN 2023.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM pengarang fesyen & penata gaya JOHAN KASSIM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID & SAHIR SABRI dandanan VV CHAN

next gen 2023

Semuanya himpunan daripada Coach

Mendalami isu Next Gen 2023 hasil usaha sama mendakap keselesaan dan pragmatisme gaya sukan serta jalanan jenama Coach; GLAM menjemput Christinna Kuan yang merupakan seorang blogger fesyen, gaya hidup dan kecantikan Malaysia. Gadis ini juga mengasaskan barisan label pakaiannya sendiri Christinna.K. Kemudian, pelapis lapangan seni asal kota Singa, Glenn Yong yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi. Berpunya Oppa looks yang kini menjadi kegilaan ramai gadis di negara serantau. Glenn memulakan kerjayanya di skrin televisyen menerusi drama bersiri The Good Fight pada tahun 2019. Kemudian membintangi filem bergenre komedi tentera Ah Girls Go Army pada tahun 2022. Terakhir sekali, wanita petit Johanis yang begitu ramah juga bijak menyusun kata serta pendapat. Dia adalah antara OG dalam menciptakan kandungan digital kecantikan, gaya hidup dan travel menerusi saluran Youtube-nya.

See also
Who Wore It Better: Cara Atau Bella?

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

NEXT GEN 2023 : CHRISTINNA KUAN

Christinna Kuan bergaya dalam himpunan Coach

Berbicara sedikit mengenai mastermind yang mencorakkan minat dalam industri hiburan ini, Christinna menjawab, “I would say my mom! Kerana sejak kecil lagi, kami diajar untuk memasuki pertandingan menyanyi, memasuki kelas menari dan sebagainya. Kemudian ia berkembang memasuki dunia fesyen, gaya hidup, kecantikan dan lain-lain. Ini kerana saya cenderung memilihkan gaya persalinan bagi mengiringi persembahan kami. Tahun ini, we’re going to expand a lot in music. So stay tuned. Ada single dan kolaborasi… Juga kami sekeluarga mengasaskan syarikat atau senang kata agensi media sosial sendiri yang dirancang oleh kami adik-beradik. Seperkara lagi, saya bakal melancarkan produk baharu, and it’s a secret! Turut sama bakal mengeluarkan lagu baharu yang sedang dikerjakan memandangkan sukses lagu sambutan Tahun Baru Cina sebelum ini.”

Tambahnya lagi, “Kami juga baru selesai jelajahi Kuching, Sarawak. Kami mempersembahkan lagu Tahun Baru Cina kami juga bertemu sesi ramah bersama peminat. Pada mulanya, lagu ini hanya dilaksanakan untuk suka-suka bersama keluarga. Tetapi tidak sangka ia diterima dengan baik oleh pendengar! Bagi mendalami sisi karisma Gen Zer, saya berpendapat anda benar-benar perlu tahu siapa anda; dan apa yang anda mahukan. Itu adalah perkara utamanya. Gen Z lebih berdikari dalam membawa diri mereka sendiri, mereka berani menciptakan sesuatu dan berpunya sifat terbuka dalam semua hal. Namun, bakal muncul tanggapan dan perspektif yang berbeza, apa yang anda perlu tahu adalah untuk tidak mengambilnya negatif kerana sudah pasti apa matlamat yang mahu dicapai. Ini kerana tiada mentor dalam hal ini kerana cabangan kerjaya ini adalah baharu. Tiada siapa yang mengajar kami cara untuk mencipta kandungan. Maka, anda perlu melaksanakan ia sendiri.”

See also
Longines DolceVita Serlahkan Keanggunan dan Glam