Lima Pasangan Paling 'Stylish' 2021 (So Far...) - Glam Malaysia

Lima Pasangan Paling ‘Stylish’ 2021 (So Far…)

Keserasian mereka usah diragukan lagi. Setelah sekian lama bersama, kisah mereka tetap menjadi tumpuan, juga mencetuskan sensasi. Selain daripada itu, gaya yang dipersembahkan mereka menjadi pujaan dan inspirasi. Sama cantik sama padan-penyataan sempurna menggambarkan pasangan-pasangan ini. Mereka bukan sahaja berpengaruh dan cukup serasi, malah cita rasa fesyen mereka sangatlah mengagumkan. Tentunya, memberi ilham yang hebat tentang stail dan cara pembawaan diri yang ada kelas. Berikut merupakan, pasangan yang dianggap paling ‘stylish’. Biarpun, kita masih berada di awal bulan Januari, tetapi tidak salah untuk senaraikan lima pasangan stylish (setakat ini) yang mungkin dapat memberi inspirasi untuk kekal bergaya sepanjang 2021. Let’s take a look!

  1. BEYONCE & JAY-Z

Pasangan ini tidak perlu sebarang pengenalan. Pabila dirakam bersama, kedua-dua bintang ini pasti muncul dalam helaian-helaian ‘designer’s labels’ seperti Tom Ford dan Dior, manakala Beyonce tampil hebat dalam Balmain, Burberry, Alon Livne, Gucci, Givenchy dan sebagainya. Agaknya, ingin kelihatan sepadan, Jay-Z semakin berani bereksperimen dalam gaya-gaya segar, superti ‘candy suit’ dan sut berpotongan longgar yang tampak moden. ‘Collaborative couple style’ yang sering dipraktik oleh mereka, amat digalakkan.

See also
Siapakah Destry Allyn Spielberg?

2. AMAL CLOONEY & GEORGE CLOONEY

Amal Clooney pernah dirakam menggayakan rekaan-rekaan olahan Prada, Stella McCartney, Oscar de la Renta dan Giambattista Valli. Terutamanya pabila menghadiri acara-acara kerja mahupun mengikuti suaminya, George Clooney ke majlis filem. Ada kalanya, pasangan ini tampil klasik bak ‘old-school’ Hollywood icon. And we love them for that. Mereka ditakdirkan sentiasa tampil menakjubkan tiap kali melewati karpet merah bersama.

3. MICHELLE OBAMA & BARACK OBAMA

Selain memiliki karisma dan keserasian sewaktu bergandingan, Michelle Obama dan Barack Obama sentiasa tampil stylish. Barack Obama sering menggayakan sut atau tuksedo klasik, manakala Michelle Obama memilih gaun atau kemeja dres sebagai fokus utama. Michelle Obama sentiasa menyokong pereka fesyen Amerika, seperti Jason Wu dan Christian Soriano.

4. THE DUKE & DUCHESS OF SUSSEX

Lama rasanya tidak nampak kelibat pasangan berpengaruh ini di tempat awam mahupun majlis-majlis formal. Agaknya, apakah perkhabaran baharu mereka? Walau bagaimana pun, kemunculan mereka sebelum-sebelum ini seringnya meninggalkan impak dengan penampilan yang stylish dan sepadan. Harry gemar bergaya dalam sut atau ‘formal looks’, Meghan Markle pula selesa dalam rekaan-rekaan ringkas, namun diserlahkan dengan pilihan warna dan perincian tambahan.

See also
Sepatu Kaca 'Cinderella' Diabadikan Oleh Jimmy Choo

5. ZAYN MALIK & GIGI HADID

Pasangan yang baru sahaja bergelar ibu dan bapa ini, gemar menonjolkan identiti gaya yang segar, moden dan ada sedikit pengaruh ‘grunge’. Helaian denim, kardigan atau sekadar menyarung helaian asas, masih kelihatan stylish. Karakter yang terdapat pada dua anak muda ini, meningkatkan lagi faktor stylish.

Sumber gambar: Google

Artikel berkaitan: Zoe Kravitz, Lambang “21st Century Fashion Girl”