Kempen MCM A/W23 Dibintangi Supermodel Cindy Crawford

Kempen Heritage MCM AW23 Dibintangi Oleh Cindy Crawford

Supermodel ikonik Cindy Crawford tampil sebagai wajah baru dalam kempen MCM yang dirakam oleh jurugambar terkenal Juergen Teller.

Kempen penuh nostalgia ini dihasilkan dengan kerjasama bersama pengarah kreatif legenda Fabien Baron dari Baron & Baron menyuntik semangat MCM yang timeless, dan unapologetic. Kempen ini turut menyatukan masa lalu MCM dengan masa kini, dengan rujukan halus daripada kempen tahun 1996 yang menampilkan Cindy sendiri dan dirakam oleh Herb Ritts.

“Ia satu momen nostalgia bagi saya untuk mengimbas kembali pemotretan pertama kami pada tahun 90-an untuk MCM bersama rakan tersayang saya iaitu Herb Ritts. Bagi saya beg klasik jenama ini sentiasa kekal abadi,” katanya.

MCM Heritage Campaign Autumn/Winter 2023 Collection

Kempen MCM Autum/Winter 23 Dibintangi Oleh Cindy Crawford

Mengambil semangat inovasi dengan attitude rule-breaking yang mentakrifkan bandar Munich pada penghujung 1970-an, jenama itu meraikan L’enfant terrible dengan mencipta aksesori yang menawan dan anggun untuk mereka yang sering mengembara. Lantas ini membantu menaikkan populariti MCM kepada peringkat global.

See also
GLAM Beauty Awards 2018

Kempen MCM ini menyaksikan Cindy Crawford memegang tas crossbody Mode Travia jenis kulit mewah. Malah, imej yang dihasilkan juga menampilkan pelbagai bag ikonik MCM seperti iaitu beg galas, shopper, beg bahu, beg Boston, beg silang dan tote dalam warna signatur karamel.

Menurut Fabien Baron, “Ia satu penghormatan untuk menangkap semangat L’enfant terrible dengan dua rakan usaha sama yang sangat luar biasa. Pertama dengan rakan lama yang saya kagumi dan suka bekerja dengannya, Cindy Crawford. Pengalaman bekerja dengan Cindy sangat profesional, dan saya menghargai kecekalan dan pengetahuan yang dia bawa ke mana-mana projek.”

Tambahannya lagi, “Kedua, Juergen Teller seorang artis sejati yang membawa perspektif yang unik dan tidak dapat dinafikan kepada karyanya. Bersama-sama kami dapat mencipta imej-imej yang akan menandakan permulaan era baharu untuk MCM.”

Menurut Sabine Brunner, Presiden & Jenama Global dan Pegawai Komersial, MCM Global AG, “Akan datang adalah koleksi Spring/Summer 2024 akan menampilkan pelbagai gaya hidup yang diperbaharui bagi barangan kulit sedia dipakai dan aksesori yang direka semula. Kempen ini berfungsi sebagai peringatan ikonografi jenama dan usaha syarikat untuk meningkatkan masa depan.”

See also
Minggu Fesyen Milan: Siapa Wanita Baru Milan?

Artikel Berkaitan: 3 Kempen Fesyen Musim Bunga 2023 Wajib Anda Kenali