Atlet Olimpik Rio 2016 kelihatan bergaya dengan seragam yang direka khas oleh pereka fesyen dan jenama terkenal sewaktu majlis perasmian Sukan Olimpik Rio. GLAM senaraikan enam seragam sukan Olimpik yang paling menonjol sewaktu acara perasmian Sukan Olimpik Rio.
Ralph Lauren- Pasukan USA
Ini adalah kali kelima Ralph Lauren mereka pakaian seragam untuk pasukan Amerika Syarikat. Seragam rasmi pasukan ini direka dengan palet bendera Amerika iaitu merah, putih dan biru. Pakaian seragam ini turut dilengkapi dengan navy blazer dan seluar denim putih serta kasut boat melengkapkan gaya Americana. Michael Phelps yang dipilih sebagai pembawa bendera untuk pasukan itu turut memakai jaket yang direka khas dengan motif electrominescent ‘Amerika Syarikat’ di seluruh belakangnya.
https://www.instagram.com/p/BIwkl4xBnd-/?taken-by=hm&hl=en
H&M- Pasukan Sweden
Jenama high street, H&M mereka pakaian untuk pasukan Sweden dalam warna kuning terang dengan stoking paras lutut yang direka dengan corak marble. Pembawa bendera Sweden, Therese Alshammar, digayakan dengan dress panjang dalam palet warna biru navy . Dress ini turut menampilkan skirt simetri yang dihiasi dengan kain daripada pakaian kitar semula dari jabatan Garment Collection Initiative H&M
Stella McCartney- Pasukan Great Britian
Pereka dari British, Stella McCartney mereka seragam pasukan Great Britian berdasarkan siluet signature yang biasa ditampilkan dalam rekaannya. Atlet wanita digayakan dengan dress sporty navy blue dipasangkan dengan jaket putih. Bagi atlet lelaki terutama pemegang bendera, Andy Murray, menggayakan navy blue pea coat dengan perincian yang diilhamkan dari gaya tentera dan seluar pendek putih.
Sorotan LainBFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI
#ApaSiapaDiMana: Jisoo, Jackson Wang dan Jeff Satur Parti Bersama Cartier Di Singapura
Dari Hedi Slimane Ke Michael Rider Buat Peralihan Ikonik Di Celine
Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Musim Luruh H&M Studio
Kim Kardashian Adalah ‘Elle Woods’ Bersempena Halloween
Menyelusuri Berlian Mewah Tiffany & Co
View this post on Instagram
Lacoste- Pasukan Perancis
Pertama kali Lacoste mereka seragam untuk pasukan Perancis adalah untuk Sochi Winter Olympics 2014. Bagi majlis pembukaan sukan Olimpik 2016, atlet dari Perancis digayakan dengan seluar cropped putih, baju polo putih dan jaket biru navy– turut menampilkan logo buaya jenama itu yang disulam dengan warna bendera Perancis. Jenama ini yang diasaskan pada tahun 1924 oleh pemenang pingat Olimpik dan pemain tenis Rene Lacoste yang telah mereka pakaian podium pasukan itu daripada windbreakers dan sweatpants putih dan navy blue.
DSquared2- Kanada
Saudara kembar, Dan serta Dean Caten mereka pakaian seragam pasukan Kanada dengan mengambil ilham simbol daun mapel. Atlet dari Kanada menggayakan jaket streetwear dengan palet warna merah terang dengan simbol daun mapel putih di belakang jaket.
https://www.instagram.com/p/BIIZrBwAQZq/?taken-by=louboutinworld&hl=en
Christian Louboutin- Pasukan Cuba
Jenama dari Perancis, Christian Louboutin berkolaborasi dengan concept store Sporty Henri untuk mereka seragam untuk majlis penutup sukan Olimpik pada 22 Ogos ini. Louboutin yang terkenal dengan rekaan kasut mewah bertapak merah, telah mereka sneakers dari kulit anak lembu untuk atlet lelaki dan sandal tumit rendah untuk atlet wanita. Atlet lelaki menggayakan jaket merah dan seluar pendek manakala atlet wanita menggayakan jaket berona coklat dan dipadankan dengan seluar Capri.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
