Trend Utama Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021 - Glam Malaysia
Trend Utama Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021

Trend Utama Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021

JULUNG KALINYA DALAM SEJARAH, PERTUNJUKAN FESYEN DIADAKAN SECARA MAYA. SATU LAGI EVOLUSI TERCETUS SAATNYA DUNIA DIBADAI PANDEMIK. PUN BEGITU, PEREKA FESYEN TERUS UTUH MENGHASILKAN REKAAN TERBAIK, NYATA BERSIFAT LEBIH PERSONAL. AYUH, SEMAK TIGA TREND UTAMA KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2021.

ONE-PIECE ONLY

Let’s think about Bebe Rexha or Doja Cat? Dua penghibur popular ini, antara figura yang kerap bergaya catsuit kala membuat penampilan. Catsuit atau ada yang menggelarnya onesie, tampil cemerlang di atas pentas musim luruh 2021. Onesie rona menyala atau ragam corak, menjadi pilihan utama variasi rumah fesyen.

Lebih mengasyikkan, perincian unik seperti gelang emas dan baju kot berjurai dipadankan bersama onesie, sebagai penambah gaya di Moschino. Peragawati berjalan dalam onesie, dipadankan pula dengan aksesori mengancam untuk mewujudkan unsur quirky.

Jacquemus pula usulkan onesie dalam nada yang cukup seksi, menggarap elemen ‘fetishism’ melalui potongan. Prada tegar menggunakan fabrik baldu dan corak grafik moden dan menurut tubuh, bagi menyerlah lagi wanita berkuasa dalam onesie.

See also
GLAM Deko Kediaman : #WILLOWMEADOW

Salvatore Ferragamo, Versace dan Stella McCartney meraikan rekaan serupa bagi meraikan musim dingin yang bakal tiba. Stunningly sexy.

A SPACE ODYSSEY

Trend paling utama yang menyimpulkan pementasan musim luruh/dingin 2021 adalah futuristik. Paksi yang kekal pada siluet ringkas dan minimum, namun yang mencuri tumpuan adalah pada penataan dan ilham tersemat. Balenciaga mengangkat tema ‘video game’ dalam menyajikan ceraian yang pelbagai dan tertumpu pada gaya jalanan. Oversized hoodie bersama but tinggi metalik.

Semangat gaya era ‘60-an, dipinjamkan dengan gaya siluet berpotongan simetrikal atau berganda, serta butiran rona perak, neon atau hitam maskulin. Merumuskan gaya tidak konvensional, nyata bermain dengan ilham space age. Salvatore Ferragamo, antara rumah fesyen yang nampak kuat semangat futuristiknya. Ruang acara turut ditata bersuasanakan dunia cakerawala, seakan kembara di planet luar.

Siluet bubble atau balutan penuh ditambah dengan perincian unik, menguatkan lagi sensasi trend Space Age. Louis Vuitton, Vetements dan Marc Jacobs turut mengambil trend ini sebagai idea kreatif utama, nyata memperlihatkan unsur kelainan pada rekaan. Ini memberi elemen fun pada koleksi wanita.

See also
Gaun Perkahwinan Puteri Diana Akan Dipamerkan Selepas 40 Tahun

SLOUCHY

Goodbye sweatpants! Celana panjang yang siluetnya slouchy, lebar dan labuh, menjanjikan sesuatu gaya utama di pentas peragaan Balenciaga, Louis Vuitton, Chanel, Fendi, Dior dan Salvatore Ferragamo. Terlihat gaya maskulin terus menjadi inspirasi rumah fesyen. Bukan sahaja pada seni potongan, jiwa yang tersemat pada rekaan turut menyaksikan gaya maskulin yang diramu ciri-ciri feminin.

Lihat sahaja di pentas Louis Vuitton, Nicolas Ghesquière mempersembahkan rekaan dress dan jaket yang berganda saiznya, pola membulat, dan bukan satu gaya yang lazim untuk koleksi musim sejuk. Paduan gaya yang slouchy sifatnya, seakan ramalan gaya di masa yang akan datang. For the future. Aksesori Louis Vuitton lain seperti beg, kasut but dan poket-poket bulat bagi menghangatkan musim luruh.

Dior dan Chanel pula gaya slouchy-nya lebih sederhana dan berstruktur, namun hangat berkonsepkan stail anak muda sekarang. Paduan bersama kot dan atasan kait nyata berinspirasikan ‘street style’. Gaya ideal untuk pasca-pandemik. Yang selesa-selesa sahaja.

See also
Manifesto Cyborg Menjadi Prinsip Naungan Gucci

Artikel berkaitan: Creature Comfort, Idea Baru Diperkenalkan Oleh Coach