Pierpaolo Piccioli Tinggalkan Rumah Fesyen Valentino Selepas 25 Tahun

Pierpaolo Piccioli Tinggalkan Rumah Fesyen Valentino Selepas 25 Tahun

Tiada siapa di dalam industri fesyen akan melupakan trademark ikonik Pierpaolo Piccioli buat Valentino di mana dia mencipta fenomena PP Pink ketika dunia sibuk menikmati trend Barbiecore. 

Pierpaolo Piccioli telah dilantik menjadi Pengarah Kreatif rumah fesyen mewah Valentino ini pada tahun 2008 disamping Maria Grazia Chiuri. Kemudian pada tahun 2016, Chiuri telah berpindah ke rumah fesyen Dior membuatkan Piccioli menjadi satu-satunya Pengarah Kreatif di rumah fesyen itu sehingga ke hari ini. Namun tahukah anda, sebelum itu, Piccioli sudahpun berada di Valentino semenjak 1999 mengemudi serta membangunkan rangkaian aksesori buat jenama itu? 25 tahun dia berada di dalam industri, langsung memberi impak kepada dunia fesyen hari ini.

Sewaktu pemergian Maria ke rumah fesyen Dior, ramai yang menyangka signatur kelembutan suntikan romantik jenama ini hadir daripada kreativiti Chiuri dan gaya edge datangnya daripada Piccioli sendiri. Namun lama-kelamaan, peminat fesyen mula menyedari bahawasanya Piccioli adalah pencipta rencah terbaik dalam menggabungkan kedua-dua elemen ini.

See also
DeGem’s DNA Collection, Perhiasan Artistik Nan Menawan

Menerusi kenyataannya,

Saya sudah bersama syarikat ini selama 25 tahun, dan untuk 25 tahun kewujudan saya ini, saya hidup dengan insan-insan yang menganyam jalinan kisah indah antara saya dan mereka… Terima kasih kepada Valentino dan (Pengasas Bersama Valentino) Giancarlo Giammetti yang selama ini telah merestui saya dengan kepercayaan mereka, terima kasih juga buat setiap insan yang menjayakan bersama. Ianya satu kelebihan dan penghormatan buat saya kongsikan kisah dan impian saya bersama anda.

Baru-baru ini di pentas minggu fesyen musim luruh sejuk 2024, kita dapat menyaksikan persembahan hebat Valentino dibawah kendalian Pierpaolo Piccioli. Terkenal dengan cintanya pada warna, namun musim ini dia memilih rona hitam buat setiap helaian ciptaannya.

Pierpaolo Piccioli

Valentino dalam satu kenyataan menerangkan,

“Bukan mewakili ketiadaan warna ataupun tentang monokrom atau monoton, sebaliknya koleksi ini adalah tentang penemuan spektrum warna, nuansa tiada penghujung dalam satu warna secara menyeluruh.”

Ini Gaya Ikonik Ciptaan Pierpaolo Piccioli Menjadi Ingatan

#1 Lady Gaga di Karpet Merah Venice Film Festival Pelancaran Filem A Star Is Born

Pierpaolo Piccioli

Gambar: Kurt Krieger/Corbis via Getty Images

See also
Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S '18

#2 Anne Hathaway di Valentino Haute Couture Fall/Winter 22/23

Pierpaolo Piccioli

Gambar: Jacopo Raule/Getty Images

#3 Sam Smith di Grammys 2023

Pierpaolo Piccioli

 Gambar: by Jeff Kravitz/FilmMagic

#4 Florence Pugh di Filem Festival Venice 2022

Gambar: Stefania D’Alessandro/WireImage