Terokai Koleksi Dan Servis Eksklusif Wanderlust + Co

Terokai Koleksi Dan Servis Eksklusif Wanderlust + Co

GLAM merasai pengalaman mendapatkan servis eksklusif Wanderlust + Co seperti piercing dan welding yang hanya terdapat di The Exchange TRX. Servis-servis yang ditawarkan menjanjikan pengalaman yang eksklusif buat para pelanggan. 

GLAM telah berpeluang untuk melawat dan melihat sendiri koleksi-koleksi perhiasan Wanderlust + Co di stor mereka bertempat di The Exchange TRX Kuala Lumpur. Mereka bukan sahaja menawarkan koleksi perhiasan, malah mereka juga menyediakan servis eksklusif yang menarik seperti piercing dan permanent jewellery (welding). Apa yang lebih menarik lagi, tiada temujanji diperlukan!

Terokai Koleksi Dan Servis Eksklusif Wanderlust + Co

servis Wanderlust + Co

Pengasas Jenn Low memperkenalkan Wanderlust + Co pada tahun 2010 sebagai jenama barang kemas secara langsung kepada pelanggan (D2C), bagi menyelesaikan jurang dalam pasaran. Mengenali keperluan untuk sebuah jenama yang menawarkan reka bentuk yang memikat dengan kualiti yang tinggi.

Inspirasi beliau diilhamkan dari semangat untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan mengisi kekosongan jenama lokal dalam dunia aksesori wanita. Berpaksikan komitmen terhadap inovasi dan keutamaan pelanggan, Wanderlust + Co telah menjadi sinonim dengan barang kemas yang cantik namun mampu dimiliki, memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.

See also
Olena, Memupuk Kelestarian Rekaan Barang Kemas

servis Wanderlust + Co

Piercing Wanderlust + Co Club menawarkan pengalaman yang menarik bagi mereka yang mencari servis piercing. Menggunakan sistem yang canggih dari Amerika Syarikat, prosesnya adalah “touch-free” memastikan keselamatan dan kebersihan dijaga. Peralatan yang digunakan dibuat daripada hypoallergenic surgical stainless steel.

servis Wanderlust + Co

Servis welding hanya tersedia eksklusif di cawangan The Exchange TRX, menawarkan pengalaman yang lancar bagi pelanggan yang mencari chain yang timeless. Dibuat daripada 14K Solid Gold, chain ini direka untuk memastikan kecantikan dan kualiti yang tahan lama. Wanderlust + Co menawarkan tiga pilihan untuk chain mereka termasuk Cabel, Twist, dan Harper. Selepas memilih chain, pelanggan akan mendapatkan ukuran untuk kesesuaian yang sempurna dan diakhiri dengan proses penyambungan yang mudah dan pantas.

Keistimewaan Wanderlust + Co terletak pada pendekatan mereka yang memudahkan pelanggan dengan tidak memerlukan temujanji bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka komited untuk mencipta perhiasan yang bermakna dan baik untuk kulit. Dengan fokus yang mendalam pada kepuasan pelanggan dan kualiti produk, Wanderlust + Co terus memperkasa wanita melalui koleksi perhiasan yang eksklusif, direka oleh wanita untuk wanita, mencerminkan keunikan dan keanggunan setiap individu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman Wanderlust + Co atau anda boleh pergi terus ke stor mereka untuk alami sendiri pengalaman yang menarik.

See also
Beyoncé Bersinar Dalam Kempen Terbaru Tiffany & Co.