Jennifer Lopez, Best Dressed Untuk Bulan November - Glam Malaysia

Jennifer Lopez, Best Dressed Untuk Bulan November

2020 adalah tahun yang baik buat Jennifer Lopez. Pada awal tahun 2020, sebelum krisis Covid-19, Jennifer lopez memukau dengan persembahan gemilang di SuperBowl Half Time Show. Persembahan tersebut mendapat pujian hebat. Dan seterusnya, mengumumkan pertunangan dengan lelaki pilihan, A-Rod serta beraksi untuk kempen fesyen Coach. Tak kurang juga, kerjaya nyanyiannya yang kekal cemerlang dengan pelancaran single baru, “Pa-Ti” dan “Lonely” duet bersama Maluma. Dan banyak lagi hasil kerja Jennifer Lopez yang boleh dibanggakan sepanjang tahun 2020.

Bulan November ini, kami kira Jennifer Lopez adalah selebriti yang paling bergaya. Pada minggu pertama dalam bulan November, Jennifer Lopez menghadiri 2020 People’s Choice Awards untuk menerima trofi the People’s ICON of 2020, hasil undian peminat-peminatnya.

Jennifer Lopez mengenakan ‘the little red dress’ untuk ke acara tersebut. Memilih rekaan Christian Siriano, Lopez menyempurnakan ‘look’ pada petang itu dengan sapuan gincu merah menyala dan ikatan rambut ponytail.

Dress merah itu direka dengan kolar tinggi dan ‘puffball ‘hem’ pada bahagian bawah. Menonjolkan imej muda Lopez. Padanan kasut Gianvito Rossi dan menjinjing clutch merah menambahkan lagi karakter ‘hot mama’ Lopez di acara tersebut. Penata gaya rambut, Chris Appleton ‘menyudahi’ penampilan rambut Lopez dengan mencedok inspirasi “Xmas Barbie”.

See also
Versace Pre-Fall 2021, Lima Item Pilihan GLAM

Di minggu seterusnya pada bulan November, penyanyi ini memenuhi jemputan ke 2020 American Music Awards (AMAs) dengan menggayakan dua busana. Sebelum acara bermula, Lopez berjalan di atas karpet merah dalam rekaan Balmain yang boleh dianggap ‘festive’. Warna perak menjadi pilihannya. Padanan crop top dan skirt slit yang terbelah, menampakkan kakinya yang cukup seksi.

Pemakaian ini menonjolkan bentuk tubuh Lopez yang ‘perfectly fit’. Penyanyi berusia 51 tahun ini tampak cukup menakjubkan dan bertambah anggun lagi, rambutnya digayakan ‘waves’ ala basah-basah. Wajahnya disolek menggunakan produk J.Lo Beauty.

Sewaktu mengadakan persembahan, Lopez tampil dalam ‘body suit’ hitam yang melekap tubuh dan kekal dalam penataan rambut yang sama di karpet merah. Sungguh pun, Lopez didakwa ‘meniru’ imej dan konsep persembahan Beyonce di Grammys yang lalu, namun ia bukanlah alasan kami untuk merasakan imej nya di atas pentas tersebut sangatlah seksi dan mantap. And yesss…. Jennifer Lopez dominate the month of November!

Jennifer Lopez

Artikel berkaitan: Balmain x L’oreal Akan Dilancarkan Buat Wanita Kota

See also
Michelle Obama Muncul Kembali Di Khalayak Ramai