It’s about time, Gucci!
Pertunjukan koleksi Spring/Summer 2018 baru sahaja berakhir di Paris beberapa minggu yang lalu dan jenama ikonik dari Itali Gucci telah tampil dengan azam baru mereka buat 2018 bahawa mereka tidak akan menjual sebarang ceraian mereka yang mempunyai bulu dengan koleksi Spring 2018 akan datang.

Marco Bizzarri dan Alessandro Michele
Foto Michael Buckner
“Mempunyai tanggungjawab kepada khalayak umum merupakan salah satu nilai utama Gucci, dan kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih bagus demi alam sekitar dan juga fauna,” ujar presiden dan ketua eksekutif Gucci Marco Bizzarri kepada Humane Society of the United States. “Kami berharap tindakan kami ini akan memberi inspirasi dan memberi kesedaran, mengubah industri fashion mewah untuk menjadi lebih baik.”

Foto IMAXtree via TheImpression
Gucci juga telah berdaftar dengan Fur Free Alliance, yakni sebuah organisasi yang menjanjikan penghentian eksploitasi dan pembunuhan haiwan untuk bulu mereka.
Keputusan Gucci untuk enjadi sebuah jenama dan syarikat fur-free juga merupakaan salah satu inisiatif mereka untuk pemodenan jenama besar ini secara falsafah dan kelestarian Gucci. Ia juga secara tidak langsung melibatkan prinsip pekerja mereka sendiri “Saya harus melakukannya, kalau tidak bakat-bakat besar tidak akan mahu bekerja untuk Gucci.”
“Anda rasa mengguna bulu pada hari ini dianggap moden? Saya tidak rasa ia masih moden dan itu juga merupakan sebab kenapa kami membuat keputusan untuk menghentikannya. Ia agak ketinggalan zaman,” nyata Bizzarri kepada BoF.
“Kreativiti boleh didapati di mana-mana sahaja dan kita tidak perlu menggunakan bulu [untuk fesyen].”
Dengan ini Gucci menyertai beberapa lagi pereka ternama yang telah membuat keputusan yang sama seperti Giorgio Armani, Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Stella McCartney, dan ramai lagi.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
