Domestic Goddess Watak Baru Mainan Daniel Lee - Glam Malaysia
domestic goddess

Domestic Goddess Watak Baru Mainan Daniel Lee

Momen 2020 memang memberi impak pada semua. Dalam bidang fesyen juga ia mendatangkan idea yang pelbagai. Lebih-lebih lagi apabila banyak masa yang dihabiskan duduk rumah. Maka, kita lebih selesa menikmati masa dibawah atap rumah peribadi. Kehidupan domestic yang disarankan oleh kerajaan memainkan perasan bukan sahaja pada ekonomi. Malahan ia memberi efek kepada cara kita menjalani normal baru ini. Keselesaan duduk di rumah itu amat mustahak sekarang. Lupakan seketika fancy dresses yang labucinya dari hujung kain ke hujung kain. Kini kita pupuk watak domestic goddess. Mereka ini lebih tenang dalam sosial walaupun dalam situasi yang terhad. Garapan watak inilah yang membuahkan idea pada koleksi Salon 01 di Bottega Veneta ilham Daniel Lee.

Fokus dalam penghasilan koleksi musim bunga 2021 yang berjudul Salon 01 ini berleger pada rumah. Daniel Lee mengangkat teknik kait sebagai seni utama himpunnya buat Bottega Veneta. Ideanya adalah mahu mempersembahkan helaian yang lebih bersifat domestic goddess. Lebih membangkitkan rasa homey dan mencipta nostalgia era 60-an. Kelembutan helaian ini dapat dilihat pada ceraian yang banyak menggunakan benang wool. Teknik kait yang dipertengahkan ini mencipta rasa buatan tangan, selari dengan tema domestik.Material juga adalah fokus pada koleksi Salon 01 yang mahukan si pemakainya lebih bebas. Juga, diperbuat daripada fabrik yang lebih mudah rengang.

See also
Slogan T-Shirt Trend Fesyen Terbaru

Pautan Berkenaan: GLAM 101: Bottega Veneta