fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Nafas Baru Hedi Slimane Sebagai Pengarah Artistik Céline
Intip Pilihan Aksesori Wanita Terbaru Untuk Gaya Lebaran-Balmain & Tom Ford
GLAM FIRST: BOTTEGA VENETA SALON 03 DETROIT
Tiga Nota Penting Daripada Koleksi Coach Fall 2022
Rivet, Rivet dan Rivet!
Home > Fesyen > Kempen SS17 Louis Vuitton di Kota Fesyen Paris

Kempen SS17 Louis Vuitton di Kota Fesyen Paris

Berlatar belakangkan Île Saint-Louis di Paris tempat hotspot bagi golongan-golongan artistik dan intelektual berkumpul, Bruce Webber sebagai jurufoto dan Marie-Amélie Sauvé, jenama fesyen terkemuka Louis Vuitton melancarkan kempen Musim Bunga/Panas 2017 mereka.

 

Kempen yang diberi nama “Series 6” itu menampilkan model-model serta barisan pelakon wanita seperti Michelle Williams, Jennifer Connelly, Adèle Exarchopoulos dan Sasha Lane. Siri gambar tersebut diambil di sekeliling pulau tersebut dan juga beberapa gambar minimalis di studio.

 
[envira-gallery id=”60128″]
 

Keputusan untuk membuat penggambaran kempen ini di sekitar sungai Seine diinspirasikan oleh tema koleksi Musim Bunga 2017 Louis Vuitton iaitu bandar bercahaya itu sendiri.

 

“Paris merupakan intipati koleksi ini, dengan konsep keduaan La Rive Gauche (tebing kiri) dan Rive Droite (tebing kanan),” terang pengarah artistik Louis Vuittion Nicolas Ghesquière.

 

“Paris disuburkan dengan pelbagai pengaruh artistik. Saya ingin memberikan penghargaan kepada orang-orang di Paris yang intelektual, asli dan berjiwa bebas.”

 

Louis Vuitton turut mengongsikan filem pendek ‘Series 6’: