Related Stories
9 Gaya Fesyen Effortless & Chic Camila Morrone Pilihan GLAM
Camila Morrone, model dan pelakon drama bersiri Daisy Jones & The Six dengan gayanya yang effortless, elegant dan chic. GLAM kongsikan 9 gaya fesyen Camila Morrone kegemaran kami.
Sebagai seorang pelakon baru muncul dalam industri, Camila Morrone memainkan watak dramatis Camila Dunne, isteri kepada bintang rock Billy Dunne dalam drama bersiri di Amazon Prime berjaya menarik perhatian orang ramai. Lakonannya yang penuh menjiwai watak membuktikan dia juga mampu untuk berdiri sebaris dengan co-stars nya iaitu Riley Keough, Sam Claflin, serta Suki Waterhouse.
Bahkan gadis 25 tahun ini juga seorang yang gemar berfesyen. Dia memegang kepada mantra “low-maintenace”, bekerja dengan stylist Sandra Amador untuk tampil di karpet merah serta acara-acara menarik sepanjang musim.
Bagi mereka yang tidak tahu, Camila anak kepada pelakon Argentina Maximo Morrone dan model Lucila Polak. Ibunya Lucila Polak pernah menjalankan hubungan dengan pelakon Al Pacino dan Camila menganggap Al Pacino sebagai ayah tirinya walaupun pasangan ini telah berpisah.

9 Gaya Fesyen Effortless & Chic Camila Morrone Pilihan GLAM
Mari lihat 9 gaya fesyen Camila Morrone yang cukup fashionable dan in trend.
1. New York 2023

Tiba di Empire State Building bersama rakan pelakonnya untuk mempromosikan Daisy Jones & the Six, Camila tampil bergaya dengan memakai rupa Magda Butrym rona silver dari head-to-toe.
2. Premier Daisy Jones & the Six di New York, 2023

Pada tayangan perdana rancangan itu, Camila Morrone menyarung gaun sequinned rona hitam oleh Prabal Gurung dan tali leher roset. Outfitnya lengkap dengan makeup rona hitam di bahagian mata dan dia kelihatan sangat elegant.
3. W Magazine’s Best Performances Party, 2023

Camila tampil anggun dan menawan dengan memakai dress rona nude yang melekap di badan bersama dengan perician roset yang menarik perhatian di parti W Magazine’s Best Performances.
4. Clooney Foundation For Justice Inaugural Albie Awards, 2022

Berjalan di atas red carpet, Camila Morrone kelihatan sangat chic dengan memakai sut lengkap jenis velvet rona hitam head-to-toe. Koleksi ini direka oleh jenama Burberry untuk fall/winter 2022. Fesyen yang digayakan lengkap dengan jewels daripada Chopards.
5. Vanity Fair Oscars After party, 2022

Di Vanity Fair Oscars After-party, Camila berjalan di atas red carpet dengan memakai dress rona silver yang sangat berkilau dan menarik perhatian. Busana itu direka oleh Alexandre Vauthier. Dia kelihatan sangat seksi dan menawan di dalam dress ini.
6. Festival Filem Cannes Tahunan ke-72

Berjalan di atas red carpet di Festival Filem Cannes Tahunan ke-72, Camila Morrone memakai gaun tanpa tali yang besar dan labuh yang sangat menarik perhatian. Gaun itu rekaan daripada jenama Miu Miu dan aksesori rantai leher dari jenama Bulgari. Dia kelihatan sangat anggun di dalam gaun rona putih itu.
7. W Magazine and Burberry’s Art Basel Celebration, 2022

Setibanya di majlis, Camila tampil anggun dan seksi dengan menyarung dress rona hitam yang dipotong secara unik. Dress ini bukan sahaja dipotong di bahagian depan namun ia juga ditambah slit hingga ke paras peha. Dress unik ini direka oleh Burberry.
8. LA Premiere of Daisy Jones and the Six, 2023

Berjalan di atas red carpet untuk tayangan perdana baharunya iaitu Dasiy Jones and the Six, Camila Morrone kelihatan sangat elegent dalam dress Valentino rona hitam. Dress itu datang bersama dengan cape rona hitam yag halus. Busana ini direka oleh khas oleh Pierpaolo Picciolo.
9. London Premiere of Daisy Jones and the Six, 2023

Artikel Berkaitan : “It Girl” Sepanjang Dekad Yang Perlu Anda Tahu
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
