Jawatan Pengarah Kreatif Mugler Kini Disandang Pereka Amerika Syarikat
David Koma meninggalkan posisinya sebagai pengarah kreatif di Mugler selepas empat tahun berkhidmat untuk jenama Perancis tersebut. Menggantikan tempat David adalah seorang pereka daripada Amerika Syarikat dengan latar belakang seni bina daripada Universiti Cornell, Casey Cadwallader.
Jika anda tidak mengenali siapa jejaka ini, dia mempunyai alasan yang kukuh kenapa dia kurang dikenali. Sepanjang kariernya selepas dia menerima ijazah dalam seni bina, Casey telah bekerja di sebalik tabir untuk jenama seperti TSE, Narciso Rodriguez, Loewe, dan J.Mendel sebelum dia kembali berkhidmat untuk Narciso Rodriguez sebagai pengarah rekaan ready-to-wear dan aksesori wanita.
The Clarins Group is very happy to welcome Casey Cadwallader to Mugler. His determination and unique sensitivity to Mugler’s artistic and experimental heritage will enable us to pursue the renewal of the house in the long term. We are confident that his personal vision and talent will position Mugler among the most sought-after avant-garde fashion brands of today.
— Sandrine Groslier, presiden Clarins Fragrance Group, Mugler Fashion & Fragrance
Casey juga pernah dilantik sebagai pengarah rekaan untuk pre-koleksi Acne Studios yang diteruskan sehinggalah dia diseru untuk menyandang jawatan sebagai pengarah kreatif di Mugler.
Dengan perlantikan Casey ini Mugler mungkin akan diberi imej baru dek kerana visi dan estetik Casey yang dipengaruhi oleh elemen seni bina dan juga hasil karya seni halus yang agak berbeza daripada jiwa asal Mugler yang dimulakan oleh Thierry Mugler sebelum legasinya disambung oleh Nicola Formichetti dan David Koma.
Kami tidak sabar menantikan sentuhan segar dan moden Casey digabungkan dengan jiwa Mugler untuk koleksi yang lebih intim dan menawan Februari akan datang ini.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
