Selepas 10 Tahun Céline Melantik Pengarah Artistik Lelaki Hedi Slimane

Nafas Baru Hedi Slimane Sebagai Pengarah Artistik Céline

Pereka fesyen dan jurufoto Perancis, Hedi Slimane telah dipetik oleh syarikat mega LVMH untuk menyandang jawatan pengarah artistik, kreatif dan imej Céline mulai Februari. Slimane bakal mempersembahkan koleksi sulungnya buat rumah fesyen ikonik ini menjelang September ini.

 

Slimane bakal menyambung legasi Céline selepas Phoebe Philo mengumumkan dia akan mengundurkan diri selepas 10 tahun mengemudi rumah fesyen terkenal ini dan memberikan definisi baru kepada pemakaian wanita moden. Sebelum ini juga, Slimane pernah menggunakan bakatnya untuk Dior Homme dan Saint Laurent sebelum dia menceburi bidang fotografi.

 

CEO LVMH, Bernard Arnault juga menyatakan betapa gembiranya beliau dengan kehadiran Slimane dalam industri fesyen sebagai seorang pereka sekali lagi; “I am particularly happy that Hedi is back within the LVMH Group and taking the reins of our Céline Maison. He is one of the most talented designers of our time. I have been a great admirer of his work since we collaborated on Dior Homme, which he launched to global critical acclaim in the 2000s. His arrival at Céline reinforces the great ambitions that LVMH has for this Maison. Hedi will oversee and develop all creativity for both women’s and men’s fashion, but also for leather goods, accessories and fragrances. He will leverage his global vision and unique aesthetic virtuosity in further building an iconic French Maison.”

See also
Trend: Suede dan Denim

 

I am delighted to join Bernard Arnault in this all-embracing and fascinating mission for Céline. I greatly look forward to returning to the exciting world of fashion and the dynamism of the ateliers,” nyata Slimane tentang jawatan terbarunya ini.

 

Dengan pelantikan Slimane ini, dia akan menyelia penghasilan setiap koleksi Céline yang turut merangkumi koleksi adi busana, pakaian lelaki, dan juga wangian.

 

Beberapa bulan sebelum pengesahan Slimane sebagai pengarah artistik Céline, ura-ura mengatakan dia sedang bersiap sedia untuk menggantikan Karl Lagerfeld di Chanel sebelum rumah fesyen tersebut menafikan kenyataan tersebut.