Ikon Fesyen: Rihanna - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Rihanna

Rihanna2

Gambar: Arkib GLAM


 
CFDA

Mengikut jejak langkah Kate Moss dan Lady Gaga, Rihanna  menerima gelaran ikon fesyen terkini bagi anugerah CFDA ikon fesyen 2014 pada awal Jun tahun lalu. Sentiasa bergaya dalam persalinan berani dan unik memberi impak kepada dunia fesyen malah menjadi rujukan kepada peminatnya. Tahun ini, namanya terus menjadi sebutan apabila dia kini menjadi teman selebriti Karl Lagerfeld pertama Chanel untuk peragaan dua musim.
 
River Island

Gaya eksentrik Rihanna sentiasa menjadi tajuk utama. Akhirnya, dia menarik nafas lega apabila secara rasminya dia dapat berkongsi idea dalam koleksi terbaru River Island. Malah, dia pernah berkolaborasi bersama koleksi pakaian dalam Emporio Armani dan Armani Jeanss.
 
Best Selling

Masih terngiang-ngiang runut bunyi “You can stand under my umbrella,” dari koleksi album Good Girl Gone Bad yang telah berjaya mengubah keseluruhan gaya hidupnya malah melalui lagu ini dia telah tercalon dalam sembilan pencalonan di Grammy Awards serta memenangi anugerah Best Rap/Sung Collaboration.Kini, dia terus menggungguli tangga teratas dan antara selebriti muda paling berpengaruh.
 
Wajah Fesyen

See also
10 Inspirasi Trend Warna Rambut Popular 2023 Untuk Dicuba

Cetusan fesyennya menarik minat Olivier Rousteing untuk menyuntik dia sebagai wajah kempen terbaru Balmain musim panas 2014. Lenggoknya setiap kempen ini dikatakan sangat luar biasa malah tidak kekok untuk tampil dalam setiap persalinan. Bukan itu sahaja, dia turut menjayakan kempen pakaian dalaman Emporio Armani dengan gaya penuh sensual dan versatil.
 
Philanthropy

Dia memiliki segala-galanya. Malah, kini dia mempunyai persatuan amal iaitu Believe Foundation bagi membantu  anak-anak kecil yang mengalami penyakit kronik dan penghidap HIV/AIDS. Pada 2008, dia mengadakan konsert amal A Girl’s Night Out tanpa caj bayaran dan hanya mengutip dana melalui penaja dan pengiklan.
 
[soliloquy id="49971"]
[soliloquy slug="ikon-fesyen-rihanna"]