Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal
Jika dahulu ramai memilih untuk memadankan perhiasan dalam tona yang sama, kini gabungan emas, perak dan emas ros menjadi pilihan yang lebih segar. Dengan padanan yang tepat, perhiasan mixed metal mampu menjadikan penampilan anda tampak lebih chic.
Perhiasan sering menjadi pelengkap yang mampu mengubah keseluruhan imej anda. Kini, dunia aksesori kini tidak lagi terikat pada satu tona logam sahaja. Kini, trend mixed metal jewellery membuka ruang untuk individu bereksperimen dengan gabungan emas, perak dan emas ros dalam satu gaya yang sama. Lantas, ia memberi dimensi baharu pada aksesori harian anda. GLAM kongsi beberapa cara menggayakan perhiasan mixed metal, lengkap dengan inspirasi daripada selebriti yang turut menggayakan trend ini.
Ini 5 Tip Stylish Memadankan Perhiasan Mixed Metal!
1. Kekalkan reka bentuk minimal

Untuk gaya yang elegan, pilih perhiasan dengan rekaan yang minimal dan tidak terlalu sarat dengan batu atau perincian. Cara ini membantu agar gabungan logam yang dipilih tampak lebih sofistikated dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian. Contohnya, Amelia Henderson memadankan gelang emas dan perak untuk penampilan yang chic. Walaupun tona berbeza, kombinasi minimal ini tetap tampak sesuai.
2. Lapiskan rantai dalam nada berbeza

Teknik layering merupakan cara paling mudah untuk menggayakan perhiasan mixed metal. Gabungkan rantai emas bersama rantai perak dengan panjang yang berbeza untuk mencipta gaya yang seimbang dan tidak sarat. Seperti yang didandani Gigi Hadid sewaktu Paris Fashion Week, beliau menggayakan gaun Moschino rekaan khas yang dipenuhi manik emas dan perak, lengkap dengan perhiasan mixed metal yang dilapiskan di atasnya.
3. Campurkan tekstur, bukan warna sahaja

Menggabungkan tekstur dan tona pada perhiasan turut menambah dimensi pada penampilan anda. Contohnya, memadankan aksesori emas dan perak, sambil menggabungkan rekaan halus dengan gaya yang lebih chunky, mencipta keseimbangan visual yang menarik dan tampak sofistikated. Khainina Khalil memadankan anting-anting chunky bersama rantai dan cincin dengan tekstur berbeza sekaligus memberikan kedalaman dan karakter pada imej beliau.
4. Padankan cincin berbeza tona dengan gelang chunky

Gaya ini menekankan keseimbangan antara aksesori bersama pelbagai cincin untuk perincian yang menarik, tetapi hanya satu gelang besar di setiap lengan supaya penampilan tidak terlalu sarat. Kombinasi ini terlihat minimal namun tetap memberi penampilan yang effortless. Dua Lipa sering memadankan beberapa cincin dengan tona berbeza, digabungkan hanya dengan 2 gelang chunky di setiap lengan sebagai titik fokus.
5. Rayakan gaya peribadi anda

Sama ada anda ingin melapiskan rantai emas sentimental dengan perhiasan perak atau memadankan anting-anting dengan cincin emas ros yang halus, setiap gabungan dapat menghasilkan penampilan yang eksklusif. Gaya mixed metal kini tiada peraturan tetap. Semakin kreatif dan berani anda memadankan tona serta tekstur, semakin menyerlah penampilan anda.
Artikel berkaitan: Koleksi Gema Di Swarovski Mengasyikkan Gaya Lebaran
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
