Koleksi Gema Di Swarovski Mengasyikkan Gaya Lebaran
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKoleksi Gema Ramadan 2026 di Swarovski hadir dengan kristal dan rekaan elegan, sempurna melengkapkan gaya sepanjang Ramadan dan Syawal.
Ramadan sering dikaitkan dengan momen penuh makna seperti masa untuk refleksi diri, kesyukuran serta mengeratkan hubungan bersama keluarga dan sahabat. Menyambut semangat ini, Swarovski memperkenalkan koleksi Gema Ramadan 2026, sebuah rangkaian perhiasan yang meraikan keindahan tradisi dengan sentuhan kemewahan moden.

Direka untuk melengkapkan gaya sepanjang Ramadan hingga Syawal, koleksi ini menampilkan perhiasan dengan aura lembut dan rekaan bentuk yang anggun. Palet warna biru dan hijau yang cerah dimadukan dengan kemasan logam berona emas, menghasilkan nuansa yang terasa segar tetapi tetap elegan. Setiap rekaan, daripada rantai hingga gelang dan anting-anting, dicipta untuk menambah kilauan halus pada gaya perayaan.

Bagi kempen musim ini, Swarovski menampilkan tiga wajah terkenal Malaysia iaitu Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose. Ketiga-tiga personaliti ini membawa interpretasi tersendiri tentang gaya wanita moden yakni yakin, anggun dan penuh karakter. Ia selari dengan mesej kempen yang meraikan kegembiraan berkongsi momen bersama insan tersayang.

Selain rangkaian Gema, kempen ini turut menampilkan beberapa koleksi ikonik Swarovski yang sesuai digayakan sepanjang musim perayaan. Rona emas mawar memberikan sentuhan romantik yang lembut, manakala rekaan berlapis dengan kilauan kristal mencipta gaya glamor yang sesuai untuk majlis malam atau rumah terbuka yang lebih formal.

Bagi mereka yang menyukai gaya yang lebih kontemporari, pilihan perhiasan berona rhodium pula menawarkan estetika yang lebih moden dan minimal. Digayakan bersama busana Raya yang lembut atau siluet kebaya klasik, perhiasan ini memberikan keseimbangan antara keanggunan tradisi dan gaya masa kini.

Hadiah istimewa buat mereka yang berbelanja di Swarovski, yang mana dengan apa jua belian akan diberikan sampul duit raya. Serta buat mereka yang berbelanja lebih RM 1,100 akan dihadiahkan bekas lilin yang bakal mampu menjadi perhiasan dekorasi rumahmu!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
