Minggu Fesyen Kuala Lumpur Kembali Untuk Tahun 2017! - Glam Malaysia

Minggu Fesyen Kuala Lumpur Kembali Untuk Tahun 2017!

Tahun ini menandakan tahun kelima Minggu Fesyen Kuala Lumpur (RTW) mengumpulkan barisan pereka-pereka fesyen tempatan bagi mempamerkan bakat mereka di Centre Court Pavilion sambil disaksikan nama-nama besar industri fesyen Malaysia.

 

KLFW dizahirkan oleh Andrew Tan dari Andrews Models sebagai landasan buat pereka-pereka tempatan untuk menunjukkan bakat mereka di atas pentas peragaan. ini juga merupakan langkah untuk menarik minat pembeli-pembeli tempatan dan juga antarabangsa.

 

Bagi meraikan lonjakan besar KLFW dengan ulangtahun  kelima mereka ini, lebih kurang 150 pereka fesyen bakal mempersembahkan koleksi ekslusif Ready-to-Wear mereka di Pavilion dalam lingukungan lima hari bermula pada 16 Ogos dan akan berakhir pada 20 Ogos 2017.

 

KLFW 2017 juga bakal menyaksikan kolaborasi erat bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan juga syarikat penerbangan ramai AirAsia. Pereka-pereka antarabangsa daripada China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan juga turut dijemput untuk bersama-sama memperkasakan tumbesaran industri fesyen tempatan.

See also
9 Gaya Berani Selebriti Di Karpet Merah MTV EMA 2021

 
[envira-gallery id=”69134″]

Tidak lupa juga antara acara kemuncak yang bakal dipertontonkan sewaktu KLFW 2017 adalah persembahan koleksi 20 finalis daripada AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS)  yang terdiri daripada 10 negara ASEAN yang bakal berlangsung 18 Ogos kelak.

 
Highlight utama untuk KLFW RTW 2017:
 

  1. Dengan kerjasama Amazon Fashion Week TOKYO 2018, seorang pereka tempatan akan diberi peluang untuk mempersembahkan koleksinya.
  2. Pemenang AARRDS 2016, Anuruk Jaidee bakal mempersembahkan koleksi debutnya semasa KLFW 2017.
  3. Enam orang pereka muda akan diberi peluang untuk mempamerkan interpretasi semula rekaan Batik dalam bentuk kontemporari di bawah segmen “Batik Kelantan.”
  4. Pengasas dan presiden Melium Group serta pengarah kreatif jenama eponimnya sendiri, Farah Khan bakal mempersembahkan koleksi ekslusif bersempena ulangtahun labelnya yang ke-10.
  5. Penerima BOF Enhancement Programme di Paris Cassey Gan juga bakal mempamerkan koleksinya yang dinanti-nantikan.
  6. Sempena ulangtahun ke-20 mereka, Eclipse bakal mempertontokan koleksi yang diinspriasikan oleh lukisan karya Nobuhio Nakanishi: siri Layer Drawing.

 

 

See also
Realiti Baru Wanita Dior

Sempena KLFW 2017 ini juga anda berpeluang untuk memenangi rekaan Farah Khan. Untuk maklumat selanjutnya klik DISINI.

 

Nantikan liputan ekslusif oleh GLAM sepanjang KLFW 2017!