Related Stories
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioBurberrry menghidupkan semula definisi musim panas melalui Summer Takeover, pengalaman fesyen dan eksplorasi bandar dalam satu naratif yang penuh gaya.
Bagi Burberry, musim panas bukan sekadar musim tetapi pengalaman yang perlu diraikan dengan memori. Menerusi Summer Takeover, jenama warisan British ini membawa identiti ikoniknya ke tengah-tengah ibu kota Thailand. Terletak di bangunan Mahanakhon, antara mercu tanda paling terkenal di Bangkok, The Standard diberikan nafas baharu dengan sentuhan kreatif daripada Burberry yang meraikan musim panas dalam suasana bandar yang moden.

Demikian itu, corak House Check ikonik Burberry diolah semua dalam rona kuning eksklusif bagi menghiasi setiap sudut hotel The Standard dari kabana dan kerusi santai tepi kolam hingga ke photobooth di The Parlor. Dunia pengembaraan sentiasa menjadi sebahagia daripada identiti Burberry. Oleh itu, bagi meraikan semangat eksplorasi dan kebersamaan ini Burberry turut mengambil inspirasi daripada warna rasmi Bangkok, hijau, bagi melambangkan tenaga dan vitaliti kota tersebut.

Antara momen yang menarik dan mencuri perhatian ialah pengalaman meneroka kota Bangkok dengan menaiki tuk-tuk Burberry yang di kustom khas dengan corak House Check bewarna kuning. Sentuhan kreatif yang menggabungkan identiti Burberry dan warisan budaya tempatan itu diperlihat sebagai satu naratif yang segar dan juga autentik. Selain itu, bagi melengkapkan pelancaran Summer Takeover 2026, koleksi Burberry High Summer dan Summer 2026 turut tersedia bagi pembelian di butik hotel. Melalui inisiatif ini, Burberry membuktikan bahawa kemewahan moden bukan hanya tentang fesyen, tetapi juga tentang pengalaman, eksplorasi dan momen yang akan menjadi kenangan.

Tambahan pula, Takeover ini turut dilancarkan menerusi sebuah parti eksklusif menampilkan barisan duta Burberry Hwasa, Rola, Van Mai Huong serta bintang-bintang terkenal asia seperti Bright Vachirawit, Off Jumpol, Nijiro Mukarami, Santa Pongsapak dan ramai lagi. Lebih daripada sebuah pelancaran, Summer Takeover memperlihatkan pendekatan Burberry dalam mencipta hubungan yang lebih mendalam dengan komuniti globalnya. Berlangsung sehingga 31 Julai 2026 di The Standard, Bangkok Mahanakhon, pengalaman ini menjadi bukti bahawa fesyen hari ini bukan hanya tentang apa yang dipakai, tetapi tentang momen, emosi dan kenangan yang dicipta sepanjang perjalanan.
Artikel berkaitan: Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Artikel Berkaitan
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Pilihan Bacaan Seterusnya
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
